Kanser payudara merupakan antara penyakit paling digeruni khasnya buat golongan wanita di dunia kerana ia merupakan penyebab utama kematian dalam kalangan kaum hawa.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2016, kanser payudara dilaporkan menyumbang sebanyak 32.1% kepada punca kematian – kedua tertinggi di hospital kerajaan di Malaysia.

Baru-baru ini, Syed Saddiq menerusi akaun Instagramnya berkongsi kisah dirinya yang teraksa meninggalkan parlimen dengan awal untuk pulang ke Johor, demi ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

syedsaddiq/Instagram

Menurut ahli parlimen Muar berkenaan, ibunya merupakan seorang ‘pejuang’. Ini kerana pada 2013, ibunya telah memenangi ‘pertempuran’ menentang kanser payudara.

Namun dua minggu yang lalu, mereka sekeluarga mengetahui bahawa kanser berkenaan sekali lagi kembali lagi pada tubuh ibunya.

Oleh yang demikian, ibu beliau difahamkan akan menjalani pembedahan bagi membuang sel kanser berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

syedsaddiq/Instagram

“Saya harap rakan-rakan boleh doakan untuk kesihatan mama”, tulisnya pada foto yang dimuat naik.

Kanser payudara ini sangat merbahaya dan jika tidak dikesan dan dirawat segera, sel kanser berkenaan boleh merebak dengan pantas ke organ lain seperti limpa, tulang, paru-paru dan hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

syedsaddiq/Instagram

Stay strong ma. I will be there with you all the way”, akhirinya. Meskipun sibuk dengan jadualnya yang padat, ternyata Syed Saddiq masih mengutamakan keluarga melebih segala-galanya.

Sama-sama kita doakan agar ibu kepada Syed Saddiq selamat menjalani pembedahan dengan jayanya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular