- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Tiada kawalan kendiri, Dr Noor Hisham sedih penyokong Najib yang berhimpun di luar mahkamah tidak patuh SOP

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham menzahirkan rasa kecewanya setelah melihat himpunan orang ramai di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.

“Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri”, tulisnya di laman Twitter yang hampa dengan tindakan mereka yang terlibat pada himpunan itu tanpa mempedulikan penjarakan sosial.

DGHisham/Twitter [1]

Tweet itu ditulis beliau sebagai membalas tweet oleh Bernama di laman Twitter berhubung dengan berita bertajuk ‘Ahli Parlimen bimbang wujud kluster baharu’.

“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan”.

@DGHisham/Twitter [2]

Kira-kira 1,000 orang penyokong Datuk Seri Najib Razak berkumpul untuk menunjukkan solidariti mereka terhadap bekas perdana menteri itu yang menerima keputusan perbicaraan rasuahnya melibatkan penyelewengan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Foto orang ramai berhimpun tanpa mematuhi penjarakan sosial dan pematuhan terhadap SOP di luar kompleks mahkamah berkenaan tular di media sosial dan menerima pelbagai kritikan netizen.

DGHisham/Twitter [1]

Keadaan sesak menyebabkan pihak polis terpaksa menggunakan pembesar suara untuk mengingatkan mereka untuk mematuhi SOP serta memakai pelitup muka bagi mencegah penularan COVID-19.

loading...