Telur mata merupakan antara aneka jenis hidangan telur yang popular khususnya dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Ianya lazat jika ditambah dengan kicap dan dimakan panas-panas walaupun hanya dengan nasi sahaja.

Sudah tentu sebiji telur hanya dimakan seorang sahaja, bukan? Tetapi cuba bayangkan jika sebiji telur mampu dihidangkan buat seisi keluarga. Telur apa agaknya ya?

Tidak lain dan tidak bukan, ianya adalah telur burung unta. Untuk pengetahuan anda, sebiji telur unta ini bersamaan dengan 24 biji telur ayam. Fuh!

Gambar Hiasan/Pixabay

Menurut sumber, rasa telur burung unta tidak banyak bezanya dengan telur ayam dan ianya juga boleh digunakan sebagai bahan masakan – lauk pauk dan juga untuk dibuat kek, biskut seperti telur biasa.

Gambar Hiasan/Pixabay

Kebiasaannya, telur burung puyuh ini mempunyai panjang lebih kurang 15 sentimeter dengan berat sekitar 1.4 kilogram, iaitu 20 kali ganda berat daripada telur ayam.

Di samping itu, kulit telur burung unta ini tidak seperti telur ayam yang mudah untuk dipecahkan. Ianya sangat keras. Justeru untuk memecahkannya, seseorang memerlukan penukul.

야미보이 Yummyboy/YouTube

Jika mahu merebus telur burung unta, difahamkan bahawa ianya akan memakan masa lebih kurang selama 90 minit atau satu jam setengah. Lama juga!

Dan jika mahu memasak telur mata pula, burung unta memerlukan masa selama lebih kurang 25 minit untuk masak. Pastinya kita perlu menggunakan kuali yang besar ya, barulah muat.

야미보이 Yummyboy/YouTube

Untuk pengetahuan anda, telur burung unta ini mengandungi zat besi dan magnesium yang jauh lebih tinggi daripada telur ayam.

Apa pandangan anda? Mahukah anda mencuba sendiri telur burung unta? Jom lihat video cara masakan telur burung unta di bawah :

야미보이 Yummyboy/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi VIDEO

Video Popular