Pelawak tanah air, Nigel Ng atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger telah bertemu dengan hos BBC Food, Hersha Patel selepas resipi nasi goreng telur dihasilkan Hersha menerima reaksi balas daripada Nigel.

Kedua-dua mereka difahamkan bertemu secara baik selepas Nigel memuat naik satu rakaman video reaksi terhadap tutorial masakan yang dibuat oleh Hersha.

mrnigelng/YouTube

“Perkembangan terbesar : Uncle Roger kini sedang berkolaborasi dengan ‘wanita nasi goreng telur’, @hershapatel1”, tulis Nigel menerusi di laman Twitter pada 25 Julai lalu.

Dalam pendedahan ringkas, Nigel turut meminta netizen untuk berhenti ‘membuli’ hos terbabit di laman sosial.

@MrNigelNg/Twitter

“Hersha baik orangnya. Dia penyampai yang hebat dan sangat lucu. Jangan tinggalkan komen yang negatif padanya. Jika tidak, Uncle Roger akan cari anda”, tambahnya lagi.

Hersha juga ada menjawab tweet Nigel berkenaan.

“Kepada semua rakan/haters, saya dan @MrNigelNg baru selesai berbincang tentang ‘jenayah’ saya terhadap beras. Kami akan berkolaborasi kelak, ayuh follow saya! #riceislife #uncleroger”, tulis Hersha.

@hershapatel1/Twitter

Beliau kemudian menjelaskan bahawa dirinya hanya mewakili BBC dan mengikuti resipi mereka. “Saya tahu cara untuk memasak nasi”, akuinya.

Nampaknya tidak lama lagi, mereka berdua akan muncul dengna video masakan bersama dalam satu lagi sesi masakan berasaskan nasi.

Hersha juga berjanji bahawa beliau akan memasak nasi dengan cara yang betul. Sama-sama kita nantikan video masakan mereka itu ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular