Masakan pedas sememangnya ada penggemar setianya. Buat mereka, makanan yang tidak pedas seakan kurang kelazatan dan tidak begitu menyelerakan.

Kajian mendapati bahawa memakan masakan pedas yang mengandungi lada mampu mengurangkan 13% risiko kematian daripada penyakit hati dan strok.

Foto hiasan/Pixabay

Namun jangan pula terlebih pedas seperti apa yang dilakukan oleh seorang vlogger makanan dari Indonesia, Sibungbung ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sibungbung|Jkt Food Aficionado (@sibungbung) on

Sibungbung/Instagram

Vlogger berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial setelah menikmati hidangan tauhu yang dipanggil Tahu Gejrot 130 Cabe Rawit – bermaksud 130 tangkai cili api!

Hidangan itu difahamkan mengandungi cili api, bawang merah, tauhu dan sos berwarna coklat yang lazimnya terdapat di kebanyakan warung tepi jalan di Jakarta.

Sibungbung/Instagram

“Sadis, abangnya (penjual) agak iseng. Minta tahap kepedasan 90 tangkai cili api tetapi apa yang dihasilkan adalah sebanyak 130 tangkai cili”, tulisnya.

Walaupun wanita itu sudah mengetahui tahap kepedasan hidangan berkenaan, namun dia masih lagi dilihat menyuap hidangan berkenaan ke dalam mulutnya. Mesti ‘terbakar’!

Sibungbung/Instagram

Sebenarnya, reaksi setiap orang terhadap makanan pedas adalah berbeza sama sekali dan bukan semua orang boleh makan pedas.

Oleh itu, makanlah hidangan yang bersesuaian dengan diri masing-masing.

Elakkan makan makan pedas jika muncul tindak balas melampau seperti sakit perut, cirit-birit dan banyak berpeluh.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular