Kisah kemiskinan di Sabah lebih banyak kita dengari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan apa yang mengagumkan untuk kita semua mengambil iktibar ialah kesusahan yang mereka alami tidak pernah menjadi alasan untuk mencapai sesuatu perkara yang diingini.

Contohnya ketika mereka mahu menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi yang termampu buat bekalan diri sendiri, atau untuk merealisasikan cita-cita menjadi insan berguna.

Seorang guru dari sebuah sekolah menengah di Sabah berkongsi kisah seorang pelajarnya dalam satu posting di Facebook yang mendengar alasan mengapa pelajar ini sering tiba lewat ke sekolah, dan di sebalik rasa untuk seorang guru menjadi marah, ia bertukar menjadi sangat simpati dan kagum.

Facebook

Menurut guru kaunselor bernama Maisarah Hannan dalam postingnya yang menjadi tular, pelajar ini yang merupakan seorang pelajar perempuan sering datang lewat sejak tiga minggu selepas sekolah tersebut dibuka.

“Sepanjang tempoh itu, saya bertugas di stesen pelajar datang lewat. Saya kemudian bertanya mengapa dia lewat, dia kata jalan kaki. Apabila saya dengar dia cakap macam itu, saya jadi terkejutlah,” tulis Maisarah.

“Saya tahu di mana rumah dia sebab sudah pergi ke sana empat atau lima kali kerana beri bantuan makanan semasa PKP. Boleh tahan jauh juga kalau jalan kaki, kira-kira 1.6 kilometer. Kalau dari pasar ke sekolah ambil masa dalam 10 hingga 15 minit perjalanan berjalan kaki,” kata Maisarah kepada mStar.

Maisarah menjelaskan selepas ditanya, pelajar itu memberitahu ibunya memberi wang RM2 sebagai tambang untuk perjalanan menaiki bas pergi dan balik ke sekolah.

Facebook

Namun, pelajar itu hanya menggunakan bas dari rumah dan berhenti di pasar yang tambangnya adalah RM1 sebelum meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke sekolah.

Menurut Maisarah, “Untuk sampai terus ke hadapan sekolah, dia kena membayar RM1.50, jadi nanti baki duit tidak cukup tambang RM1 untuk pulang ke rumah, maka dia terpaksa berhenti di pasar dengan tambang bas RM1 dan berjalan kaki dari situ.”

“Dia mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan berjalan kaki dari pasar ke sekolah. Kalau pagi ketika cuaca sejuk tidak mengapa, tetapi untuk pulang ke rumah masa tengah hari, kasihan dia terpaksa berpanas berjalan kaki sehingga ke pasar…” jelas Maisarah.

Maisarah berkata dia amat kagum dengan usaha pelajar tersebut mengenangkan kesukaran yang terpaksa dialaminya setiap hari demi menuntut ilmu. Walaupun terpaksa berjalan kaki setiap hari, dia tetap bersemangat untuk terus pergi ke sekolah.

Twitter/ Sekadar Gambar Hiasan

“Dia pelajar yang baik. Walaupun dari kelas pertengahan, tetapi dia seorang pelajar yang rajin,” kata Cikgu Maisarah Hannan yang tidak menyangka posting mengenai pelajar itu menjadi tular dan mendapat simpati netizen.

Semoga kisah pelajar ini menjadi inspirasi buat pelajar lain, yang hidup lebih mudah dan senang tetapi masih banyak merungut sambil malas-malas pula untuk ke sekolah, dengan pelbagai alasan yang bukan-bukan serta tidak masuk akal.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular