Seperti yang kita sedia maklum, kes jangkitan COVID-19 di Sarawak makin meningkat saban hari, di mana terdapat kawasan yang bertukar menjadi zon merah.

Sehingga 25 Julai, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Sarawak adalah sebanyak 459 kes, walaupun Sarawak pernah mencatatkan sifar kes baharu selama lapan hari berturut-turut sejak 14 Mei hingga 21 Mei lalu.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan negeri telah bersetuju agar mana-mana warganegara Malaysia yang datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan perlu dikuarantin di hotel sebelum memasuki negeri itu.

Kenyataan itu dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook.

Menurut KKM, sampel akan diambil pada hari ke-2 kuarantin dan jika hasil ujian PCR COVID-19 didapati negatif, maka individu tersebut dibenarkan memasuki dan pulang ke rumah masing-masing.

Manakala kemasukan rakyat Sarawak daripada luar negara seperti yang diumumkan sebelum ini pula adalah dikekalkan.

Arahan kemasukan ke Sarawak ini difahamkan berkuatkuasa bermula 1 Ogos hingga 14 Ogos 2020.

Keputusan berkenaan dibuat hasil daripada perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) pada 26 Julai lalu yang dipengerusikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular