Ada yang mengatakan mereka yang menggunakan cermin mata kelihatan lebih cantik atau kacak. Ada juga yang melihat golongan ini kelihatan seperti lebih terpelajar dengan bingkai tebal dan besar seperti gaya seorang profesor.

Tidak kiralah apa juga tanggapan umum kerana apa yang pasti menggunakan cermin mata bukanlah sesuatu yang disenangi oleh segelintir orang.

Namun begitu, oleh kerana masalah mata suka atau tidak mereka perlu menggunakan cermin mata yang bukan sekadar untuk melihat sesuatu dengan lebih jelas tetapi juga supaya mata tidak menjadi bertambah rabun.

Namun, cuba bayangkan jika anda perlu memakai kaca mata setebal ini? Agak-agaknya berapa ‘power’ yang ada pada kantanya?

Facebook

Sudah tentu mereka yang perlu menggunakan kaca mata setebal ini sangat tidak selesa namun perlu juga menggunakannya. Bukan mudah untuk melakukan aktiviti dengan cermin mata setebal ini. Jadi, sebelum mata kita rosak ambil langkah berjaga-jaga.

Jagalah  mata sebaiknya dengan menggelakkan diri daripada membaca di tempat yang gelap. Tidak salah untuk membuat kerja rumah atau membaca buku tetapi pastikan anda mendapatkan cahaya yang mencukupi.

Facebook

Buat yang suka menonton TV pula jangan duduk terlalu dekat dengan TV kerana semua itu akan buatkan mata anda lebih cepat rosak. Jangan lupa juga untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia sememangnya baik untuk mata.

Jika anda tidak mahu menggunakan cermin mata setebal ini, ambil lah langkah bijak bermula daripada sekarang juga!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular