Buat pencinta haiwan, tiada apa yang lebih membahagiakan seseorang itu melainkan berpeluang untuk menabur bakti kepada haiwan-haiwan khususnya pada haiwan jalanan yang terbiar.

Dan jika seseorang itu telah mula memberikan makanan kepada haiwan jalanan, lazimnya mereka pasti sudah mengenali sosok manusia penyayang dan baik hati yang telah memberikan mereka makan.

Ini kerana, segelintir haiwan sememangnya dapat ‘mengenali’ manusia – sama ada individu itu baik mahupun jahat.

Seperti apa yang berlaku di Turki ini, di mana pergerakan seorang wanita diekori dengan beberapa ekor haiwan dalam jumlah yang agak banyak, termasuklah anjing, kucing dan burung.

@cocukkilidi/Twitter

Ianya bukan satu pemandangan biasa. Melihat kepada jumlah haiwan berkenaan, sudah pasti wanita ini cukup disayangi oleh kelompok haiwan di sekitar itu.

Video yang dimuat naik di laman Twitter berkenaan jelas menunjukkan anjing begitu setia mengikuti langkah wanita itu tanpa ada rasa curiga. Beberapa ekor burung juga turut berterbangan mengikuti jejaknya.

@cocukkilidi/Twitter

Turut kelihatan beberapa ekor kucing yang berlari mengejar wanita itu, mungkin bimbang dirinya ketinggalan. Ternyata kemunculan wanita itu sangat dinantikan mereka.

Menurut sumber, wanita itu kerap memberi makan buat haiwan berkenaan. Dia membahagikan makanan kepada anjing, kucing dan burung secara sama rata di kawasan yang terbuka.

@cocukkilidi/Twitter

Turut dikagumi adalah sikap wanita itu yang sangat beretika, di mana dia akan mengemas kembali sisa makanan yang diletakkannya sesudah kesemua haiwan tersebut selesai makan.

Sudahlah memiliki hati yang baik terhadap haiwan-haiwan terbabit, wanita itu juga sangat mementingkan kebersihan dan keselesaan orang di persekitarannya.

Paparan Skrin/YouTube

Melihat kepada kasih sayang dan belas ihsan yang ditunjukkan oleh wanita ini pada haiwan-haiwan berkenaan mengingatkan kita semua akan kisah dongeng Snow White.

Snow White seperti yang kita tahu sememangnya merupakan watak kartun yang begitu sayangkan haiwan malah haiwan juga sudah dianggap seperti rakan baiknya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular