KOTA BAHRU– Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes jangkitan COVID-19 kembali mencecah tiga angka.

Menurutnya lagi, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menguatkuasakan semula PKP jika jumlah kes yang disahkan terus meningkat.

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob/Facebook

“Sekiranya (jumlah kes) mencapai tiga angka, kita tidak mempunyai pilihan lain dan akan memperkenalkan semula PKP dan kita akan melihat perkara ini,”

“Saya memahami kalau PKP ini dikuatkuasakan semula, ia akan menyukarkan semua pihak termasuk kita yang mahu bekerja dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia sempena denan Program Cakna Veteran ATM di Wakaf Mek Zainab di sini.

Menurut beliau lagi peningkatan semula kes COVID-19 kepada dua angka berpunca daripada rakyat yang tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, sebuah lagi mesyuarat akan diadakan untuk membincangkan pelbagai perkara dan sekiranya kerajaan memutuskan pelbagai perkara, rakyat mestilah mematuhi SOP itu nanti.

Tambah beliau lagi umat Islam yang akan pulang sempena Aidiladha nanti haruslah mematuhi SOP termasuk ketika menghadiri ibadah korban.

Beliau juga secara rasmi telah mengumumkan pada hari Khamis lalu bahawa, mulai 1 Ogos orang ramai diwajibkan untuk memakai topeng muka di tempat awam dan di tempat-tempat yang sesak, dan mereka yang ingkar akan dikenakan denda sebanyak RM1,000.

Sehingga jam 12 pagi semalam terdapat 13 buah kes baru dicatatkan  menjadikan jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 8,897 kes. Pada masa yang sama, jumlah kes yang pulih semalam adalah 6 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 8,600 kes.

Selain itu, setelah enam hari berturut-turut tiada kes kematian dicatatkan, semalam terdapat satu kes kematian baru menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 124 kes.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular