Kes kecurian boleh berlaku di mana-mana sahaja sekiranya kita bersikap tidak berhati-hati ketika berada di kawasan awam. Kita tidak sedar bahawa peningkatan kes jenayah kecurian mutakhir ini berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian dari pihak kita sendiri yang tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Facebook | Sukan Star TV

Baru-baru ini telah tular sebuah rakaman kamera pengawasan (CCTV) yang menunjukkan kejadian kecurian beg di sebuah restoran. Dalam video berdurasi 1 minit 50 saat itu memaparkan situasi melibatkan tiga pelanggan yang sedang berbual di sebuah meja.

Kemudian, datang seorang lelaki yang berpura-pura ingin menempah pesanan makanan dari seorang pelayan. Setelah diberikan buku menu, pelayan ini beredar dan membiarkan pencuri berkenaan duduk sebentar di meja makannya untuk ‘memilih’ menu. Dalam kejadian tersebut, ketiga-tiga pelanggan tadi kelihatan sedang rancak bersembang dan tidak mempedulikan kehadiran ‘pelanggan’ berkenaan.

Facebook | Sukan Star TV

Di belakang mereka terdapat sebuah beg yang diletakkan di atas kerusi. Sebaik sahaja pencuri ini masuk ke dalam restoran, dia terus menjadikan beg tersebut sebagai sasaran. Pencuri yang memakai topeng pelitup muka ini dilihat melakukan cubaan mencuri beg tersebut dengan mengalihkan kerusi itu dengan kaki agar mendekati mejanya. Pada ketika ini, ketiga-tiga pelanggan dan pekerja restoran tidak langsung menyedari perbuatan penjenayah tersebut.

Facebook | Sukan Star TV

Sebaik sahaja beg berkenaan berjaya dialihkan, penjenayah ini terus mengeluarkan beg lain dari poket seluarnya bertujuan untuk menyembunyikan beg yang dicuri tersebut. Dalam sepantas kilat, dia telah memasukkan beg berkenaan ke dalam beg lain lalu terus berlalu pergi secara spontan tanpa disedari oleh sesiapa pun.

Tidak dapat dipastikan berapa jumlah kerugian yang dihadapi oleh pelanggan berkenaan tetapi kejadian ini menjadi panduan buat kita semua untuk sentiasa berhati-hati walau di mana jua kita berada. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti bagi mengelakkan kejadian kecurian seperti ini berlaku kepada diri anda.

  • Elakkan dari membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak secara terbuka di khayalak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.
  • Silangkan beg di hadapan supaya anda boleh memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan.
  • Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli-belah.
  • Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.
  • Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular