Pesawat bergelombang dan penumpang tidak sihat.Perawat pramugari menyelamatkan dan menjaga sehingga mendarat

Menjadi seorang pramugari mungkin merupakan satu cita-cita yang diidamkan oleh ramai orang kerana menyebut sahaja tentang pramugari, kita akan memikirkan kecantikan, peluang melancong ke luar negara sambil bekerja, gaji yang lumayan dan sebagainya. Namun hakikatnya, bukan semua orang memiliki keazaman untuk menjadi pramugari atau pramugara yang berkaliber.

Hal ini kerana tugas sebagai seorang pramugari adalah untuk memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan setiap masa. Jadi, jika anda bukan seorang yang penyabar dalam melayani karenah orang lain, anda mungkin tidak sesuai untuk bekerja dalam bidang yang mencabar ini.

Bagaimanapun, seorang pramugari bagi syarikat penerbangan AirAsia baru-baru ini telah menerima pujian tinggi dari warganet setelah gambarnya memberikan pertolongan kecemasan kepada seorang penumpang menjadi tular.

Berdasarkan perkongsian berkenaan, penerbangan pada ketika itu sedang membuat perjalanan dari Hat Yai ke Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok. Bagaimanapun, cuaca yang tidak menentu pada ketika itu telah mengakibatkan berlakunya pergolakan semasa penerbangan.

Dalam kejadian ini, seorang penumpang terus berasa tidak sihat dan mengalami kesesakan nafas akibat pergolakan tersebut. Dengan serta-merta, pramugari ini terus menghampiri penumpang berkenaan bagi memberikan bantuan kecemasan. Bukan sahaja itu, pramugari berkenaan turut duduk di sisi penumpang terbabit sehingga pesawat mendarat bagi memastikan keselamatan penumpang tersebut.

Pada masa yang sama, seorang lagi pramugari lain dilihat memeluk erat pramugari yang sedang memberikan bantuan kecemasan kepada penumpang berkenaan bagi mengelakkan pramugari tersebut daripada terjatuh ketika kejadian itu. Lihatlah betapa komitednya tanggungjawab yang dipikul oleh kedua-dua pramugari ini.

Perkongsian ini benar-benar menyentuh hati ramai warganet yang memuji sikap dan kecekapan pramugari berkenaan dalam mengendalikan situasi cemas seperti itu sekali gus menjamin keselamatan para penumpang yang berada di dalam pesawat.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular