BEAUFORT– Seorang pemilik kedai perabot yang merupakan seorang wanita berusia 38 tahun di daerah Beaufort, Sabah didenda sebanyak RM1,000 kerana gagal menggunakan alat pengukur suhu badan di premis perniagaannya.

Gambar Hiasan/Facebook

Menurut Pengarah Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak mendedahkan bahawa Pasukan Pemantau Pematuhan PKPP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort membuat pemeriksaan di premis perabot berkenaan di Kampung Bingkul, Beaufort pada Khamis lalu sekitar jam 2:30 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis gagal menggunakan alat pengukur suhu badan kepada pelanggan yang berkunjung ke premisnya.”

Wanita tersebut kemudian diminta ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tujuan kompaun sebanyak RM1,000.

Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, kompaun itu dikenakan kepada wanita terbabit kerana didapati melanggar peraturan 11(2) Peraturan-peraturan Penyakit Berjangkit (PPPPB) No 7, 2020,

Azmir juga menegaskan bahawa pemeriksaan oleh pihak polis akan terus dilakukan supaya peniaga tetap mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular