Adat membeli, pelanggan haruslah membuat pembayaran sebelum mendapatkan barangan yang diingini, bukan? Dan jika anda membelinya secara ansuran mahupun hutang, pasti ia akan dicatat.

Hal ini bagi mengelakkan risiko tidak mendapat kembali wang lantas mengalami kerugian. Tetapi nampaknya tidak semua yang mengamalkan kaedah ‘tradisional’ berkenaan.

Mempercayai individu di sekeliling, seorang pemilik ladang buah-buahan bertindak dengan meletakkan sebuah lori dengan hasil buah daripada ladangnya di suatu tempat.

Fun Today

Menariknya, pelanggan boleh mengambil sahaja buah naga tersebut jika mereka mahu, dengan memasukkan wang sendiri ke dalam sebuah bekas yang telah disediakan.

Pemilik ladang buah berkenaan difahamkan tidak mempunyai masa untuk menunggu di lori tersebut memandangkan ada kerja di ladang yang perlu dilakukannya.

Di samping itu, sumber mengatakan bahawa pemilik berkenaan sebenarnya hanya mahu menguji tahap kesedaran dan juga kejujuran orang ramai.

Fun Today

Lokasi lori itu diletakkan adalah di Zhushan, Nantou, Taiwan. Menurut laporan, ramai yang mahu membeli buah pada lori itu namun tidak menemukan penjualnya.

Kelihatan tulisan pada kadbod, “Ambil sahaja sendiri kerana penjual kerja di ladang” dan “NT$100 (RM14) untuk setiap beg buah naga”.

Fun Today

Pemilik ladang dan syarikat Nantou Shuntian Agricultural Company itu, Zeng Liangcheng merupakan generasi ketiga yang mengoperasikan ladang dan syarikat tersebut.

Dia tidak mahu hasil pertaniannya dieksploitasi dan oleh sebab itulah, dia memutuskan untuk menanam dan menjual sendiri hasil tanamannya.

Fun Today

Namun oleh kerana tidak menang tangan – terpaksa juga menguruskan ladang dan melakukan penjualan sendiri, maka dia mendapat idea untuk melakukan kaedah penjualan sebegini.

Zeng akan meletakkan hasil tanamannya yang siap dibungkus di dalam plastik pada lorinya. Sesudah selesai kerja pada jam 5 petang, dia akan ke lokasi lori tersebut untuk mengambil wang jualannya.

Fun Today

Apa yang mengagumkan, wang yang diterimanya bersamaan dengan buah yang telah dijual. Ternyata warga Taiwan benar-benar jujur, bukan?

Sikap jujur yang positif sebegini perlu diterapkan dalam diri kita semua. Jika perkara negatif dan buruk sudah bersarang dalam masyarakat, pasti kita tidak boleh mempercayai sesiapa pun!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular