- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Pejabat kesihatan kesan pemilik kepada gelang tangan kuarantin yang ditanggalkan di KLIA

TAWAU- Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau (PKKT) baru-baru ini mengesahkan bahwa terdapat seorang individu yang baru pulang dari luar negara didapati telah menanggalkan gelang tangan di bawah perintah kuarantin Covid-19.

Pegawai Kesihatan (PKKT) Dr G Navindran berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30 tahun itu sudah tampil memberi keterangan di pejabatnya pada 21 Julai lalu.

Tambah beliau lagi, lelaki tersebut juga didapati telah memberikan maklumat yang salah selain memberikan deklarasi kesihatan yang mengelirukan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau, bulan ini.

Ketika disoal siasat, individu tersebut pada awalnya mengaku bahawa dia tidak pernah ke luar negara sebelum ini tetapi dia akhirnya dia mengaku bahawa dia baru pulang dari luar negara dan menanggalkan gelang tangan semasa tiba di KLIA.

MOHD RASFAN/AFP via Getty Images

Sehubungan itu siasatan terperinci dijalankan termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut. Penemuan gelang tangan di KLIA dikatakan sengaja ditanggalkan oleh individu yang baru pulang dari luar negara dipercayai enggan menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).

Sebelum ini, tular beberapa gambar di laman sosial berkaitan tindakan individu yang memakai gelang tangan Covid-19 di tempat awam termasuk di restoran di Perak dan Kuala Lumpur awal minggu ini.

loading...