IPOH– Suami kepada ‘Youtuber’ masakan terkenal telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan memiliki senjata berbahaya.

Menurut New Straits Times, Pavithra, 28, mengatakan bahawa dia telah memaafkan suaminya, M Sugu, 29, dan mereka akan terus fokus dengan memberi tumpuan untuk membuat kandungan bagi saluran YouTube mereka.

Facebook

Dia menambahkan bahawa dia dan suaminya juga menolak segala bentuk pengiktirafan atau penghargaan buat masa ini, kerana mereka hanyalah “orang biasa”.

“Kami tidak mahu menerima anugerah ‘Ikon Bandaraya Ipoh’ … kami tidak mahu itu atau anugerah lain. Kami hanya orang biasa, dan kami ingin memberi tumpuan kepada saluran YouTube kami,” katanya kepada wartawan di Mahkamah Sesyen Ipoh setelah mengemukakan jaminan untuk suaminya pada 24 Julai lalu.

Menurutnya lagi, anugerah tersebut dirasakan tidak layak untuk mereka terima kerana terdapat lebih ramai orang yang lebih berbakat di luar sana dan lebih layak daripada daripada mereka.

Apa yang mereka mahukan sekarang hanyalah untuk menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain dan fokus mereka kini adalah kepada keluarga mereka. Mereka juga tidak mahu dikenali dan mahu menikmati kehidupan seperti dahulu.

@Bernamadotcom/Twitter

Pavithra muncul dengan senyuman di wajahnya ketika Sugu dibebaskan dari tahanan polis. Sugu juga didakwa memiliki senjata berbahaya serta mencederakan isterinya. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Hakim Mohd Fauzi membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga perbicaraan selesai. Kes tersebut ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Ogos depan.

Ekoran krisis yang berlaku, pasangan tersebut telah memadam kesemua video masakan mereka di YouTube. Sehingga kini saluran YouTube mereka mempunyai lebih daripada 788 ribu ‘subscriber’ serta meraih lebih daripada 34 juta tontonan sejak 28 Januari lalu.

Namun kini kesemua video telah dipadam dan mereka yang melawat saluran mereka hanya boleh melihat perkataan ‘This channel doesn’t have any content’ yang tertera dan bermaksud saluran tersebut tidak mempunyai sebarang kandungan.

Sugu Pavithra/YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular