Buat yang sudah berkahwin pernahkah anda membezakan diri anda ketika sebelum dan selepas kahwin? Jika dilihat pada gambar foto pasti banyak perubahan yang berlaku.

Antara perubahan yang sering berlaku kepada mereka bukan sahaja rutin harian malah antara yang paling ketara ialah perubahan bentuk dan berat badan.

Kata orang kalau berat badan naik itu bermakna sedang bahagia. Mungkin ada betulnya dengan kata-kata itu kerana ramai pasangan yang membuktikannya. Misalnya pasangan suami isteri ini yang telah menarik perhatian ramai dengan perubahan mereka selepas berkahwin.

TikTok

Perubahan berat badan tersebut telah dimuat naik di laman TikTok oleh seorang netizen, Rabika yang menunjukkan perubahan yang berlaku kepada suaminya.

Jelas di dalam video tersebut menunjukkan bahawa si suami mengalami perubahan berat yang sangat ketara selepas berkahwin.

TikTok

Jika dilihat gambarnya sebelum kahwin pasti ramai yang bersetuju jika dikatakan lelaki tersebut sememangnya sangat kurus. Namun, lihat pula dirinya selepas kahwin, sangat berbeza!

TikTok

Ramai netizen yang terhibur dengan video tersebut dan ada juga memuji Rabika kerana pandai memasak dan menjaga suami sehingga suaminya yang kurus boleh bertambah berat badannya. Tidak hanya itu ramai juga yang mendoakan pasangan tersebut supaya terus bahagia bersama.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular