Anggota polis trafik bukan hanya tahu mengeluarkan saman saja ya. Selain menjaga kelancaran lalu lintas, mereka turut diberi tanggungjawab untuk menjamin keselamatan awam, khasnya pengguna jalan raya.

Bahkan bukan hanya untuk manusia semata. Baru-baru ini, tular di Facebook mengenai tindakan seorang polis trafik yang menyelamatkan seekor monyet di Lebuhraya Silk.

Polis tersebut, Korporal Azizi Adnan dianggap sebagai wira apabila dia bersama dengan seorang lagi pengguna jalan raya bertindak menyelamatkan monyet itu yang cedera dilanggar di KM27.2.

Menurut Azizi, dia sebelum itu bersama dengan dua lagi rakan sekerjanya melalui jalan tersebut sebelum ternampak monyet itu berada di tengah-tengah jalanraya sekitar jam 12 tengah hari.

“Saya segera keluar daripada kereta untuk melihat keadaan monyet itu dan apabila mendekatinya, saya nampak muka dan tangannya cedera”, kata Azizi.

Satu video berdurasi 56 saat yang telah dimuat naik oleh Info Roadblock JPJ/POLIS menunjukkan tiga anggota polis trafik Bukit Aman berdiri di tengah jalan lebuhraya Silk.

Mereka cuba untuk mengawal keadaan lalu lintas bagi mengelakkan mana-mana kenderaan daripada terlanggar monyet berkenaan.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Polis tersebut cuba mengangkat monyet itu untuk dialihkan namun keresahan dan ketakutan yang dialami monyet itu membuatkan dirinya enggan diangkat.

“Dia (monyet) menggigit”, kata salah seorang daripada polis terbabit. Kemudian muncul seorang penunggang motosikal yang berhenti lalu cuba mengangkat monyet itu.

Ianya menjadi lebih mudah apabila penunggang berkenaan telah dilengkap dengan sarung tangan. Dia dilihat melintasi jalan raya lalu bagi melepaskan monyet itu ke seberang jalan yang berhutan.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

“Saya bimbang monyet itu jadi agresif dan menggaru tangan saya kerana saya tidak mempunyai alat pelindung yang sesuai (sarung tangan) dengan saya”, kata Azizi.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji tindakan dan kerjasama antara polis dan masyarakat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular