Terdapat dua jenis kek keju iaitu kek keju yang dibakar atau yang disejuk beku. Kedua-dua mungkin nampak leceh untuk disediakan tetapi percayalah, sekali anda buat dan menikmati sendiri keenakan rasa kek keju hasil air tangan anda, pasti anda tidak akan menyesal!

Apatah pula kos untuk membuat sendiri kek keju dan membeli di kedai adalah sangat jauh berbeza. Jadi, kenapa perlu membazir duit? Pengguna Facebook, Nonie Sarawanie telah berkongsi satu resepi kek keju bakar yang sangat mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Bagi anda yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan adunan kek, jangan risau. Boleh gunakan mesin pengisar sahaja seperti resepi Nonie.

Bahan-bahan:

  • 250 gram krim keju
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan krim putar
  • Sedikit parutan kulit limau atau lemon
  • 2 sudu teh tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

Pertama sekali, masukkan krim keju dan telur ke dalam bekas pengisar dan putarkan sehingga sebati

Seterusnya, masukkan 1/2 cawan gula bersama 1/2 cawan krim putar ke dalam bekas dan putarkan.

Untuk menaikkan rasa, masukkan sedikit parutan kulit limau atau lemon. Masukkan pula tepung gandum dan esen vanila. Tutup bekas dan putar sekali lagi.

 

Tuangkan adunan kek keju anda ke dalam loyang yang telah dilapisi dengan kertas pembakar.

Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan masak pada suhu 200 °C selama 40 hingga 45 minit. 

Keluarkan kek apabila bahagian permukaan sudah bertukar warna perang keemasan.

Sejukkan kek anda terlebih dahulu pada suhu bilik sebelum memotongnya. Selamat mencuba!

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular