Bolivia yang memiliki populasi sebanyak 11 juta penduduk, kehilangan lebih 2,200 orang ekoran kematian disebabkan oleh COVID-19.

Pihak polis baru-baru ini menemui bahawa terdapat lebih 400 mayat di jalanan dan di kawasan perumahan, di mana 85% dipercayai meninggal dunia ekoran daripada virus terbabit.

Malah, selepas Presiden Bolivia dilaporkan terkena jangkitan COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di rumah, terdapat empat lagi ahli kabinet yang dijangkiti kini sedang menerima rawatan.

Ketua Polis Bolivia, Ivan Rojas berkata pada 21 Julai lalu bahawa terdapat lebih 400 mayat yang ditemui di jalanan dan rumah dalam tempoh 15 hingga 20 haribulan.

STR/AFP/Getty Images

Dan daripada jumlah itu, 85% dipercayai meninggal disebabkan oleh virus pneumonia Wuhan dan selebihnya meninggal kerana penyakit atau tingkahlaku ‘ganas’.

Tambah Rojas, sejumlah 191 mayat ditemui di kawasan Barat Cochamba, manakala 141 mayat pula ditemui di kawasan La Paz. Sementara 68 lagi mayat ditemui di Santa Cruz.

Santa Cruz merupakan bandar terbesar di Bolivia dan merupakan kawasan yang paling terjejas dengan wabak ini – dengan hampir separuh daripada 60,000 jumlah kes di negara ini.

Selain itu, Pejabat Epidemiologi Nasional menyatakan bahawa kes yang telah disahkan di Koga Bamba dan La Paz, meningkat dengan sangat pantas.

Paparan Skrin/Facebook

Pengerusi Bolivian Football Federation (FBF), Cesar Salinas dan ketua pasukan bola sepak La Paz, hanya didiagnosis dengan virus ini pada awal bulan Julai, kemudian meninggal pada 19 Julai lalu.

Isteri kepada Cesar, Ines Quispe yang juga memegang jawatan sebagai pengarah untuk pasukan itu juga turut diuji positif dengan virus berkenaan.

Paparan Skrin/Facebook

Menteri Ekonomi Bolivia turut disaring pada 12 Julai lalu dan hasilnya positif. Beliau merupakan anggota cabinet keempat yang dijangkiti setelah Ketua Angkatan Komando Bersenjata, Presiden Bank Pusat dan Menteri Keadilan.

Bahkan Presiden Interim, Jeanine Anez juga sedang menjalani tempoh kuarantin pada ketika ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular