Berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia berkongsi impian yang sama iaitu menjadi pemain bola sepak profesional. Sebilangan besar anak-anak muda ini tidak lama kemudian menyedari bahawa impian hanya tinggal angan-angan sekiranya tidak berbakat.

Sekiranya mereka tidak berdaya melalui rintangan keras dan perlu berusaha gigih selama bertahun-tahun mencipta prestasi cemerlang dengan bakat bermain bola sepak, sebelum mengalami rasa sakit terbesar apabila terpaksa dibuang ketika fizikal dan prestasi terus merosot dan diri tidak mempunyai apa-apa lagi untuk disumbangkan dalam sukan itu.

Di Brazil, persaingan dalam arena bola sepak amat hebat. Bagi kebanyakan orang, menempatkan diri dalam sukan bola sepak adalah satu keperluan kerana ia salah satu dari beberapa cara sebenar untuk melepaskan diri daripada kemiskinan. Namun, hanya yang terbaik dan sangat berbakat akan memiliki peluang untuk mencari nafkah dalam sukan bernilai besar itu.

YouTube/ Paparan Skrin

Walau bagaimanapun, terdapat seorang lelaki yang sama sekali tidak memiliki kemampuan dan bakat bermain bola sepak, namun entah bagaimana berjaya meyakinkan para pengurus dan kelab di seluruh dunia dengan ‘bakat’ yang dimiliki selama lebih dari 20 tahun. Ini adalah kisah pemain bola sepak terhebat yang tidak pernah bermain bola sepak dalam sebarang perlawanan sebenar.

Carlos Henrique Raposo dilahirkan pada 2 April 1963 di Rio Pardo, Brazil. Carlos Raposo adalah peminat bola sepak seperti mana kanak-kanak lain yang tidak diragukan dan ia adalah perkara normal dalam kehidupan golongan sederhana dan miskin di Brazil. Sebagai seorang kanak-kanak, dia selalu dilihat bermain di padang Favelas yang berdebu. 

Carlos Raposo diberi gelaran ‘Kaiser’, ketika bermain dan kerana dia melihat legenda Jerman Franz Beckenbauer sebagai idolanya. Sekurang-kurangnya itulah yang dia katakan dengan mulut manis dan ramahnya.

YouTube/ Paparan Skrin

Namun, ketika dia menghampiri usia remaja, Kaiser menyedari bahawa dia tidak memiliki bakat yang diperlukan untuk membuatnya terus lincah di atas padang. Di luar padang, bakatnya yang menyerlah penuh sinar adalah berbohong. Dia amat berkarisma dan menarik terutama sebagai pencerita yang sangat meyakinkan. Bakat ini akhirnya telah membawanya ke seluruh pelusuk dunia.

Kontrak profesional pertama yang ditandatangani Carlos ‘Kaiser’ Raposo adalah dengan pasukan Puebla di Mexico ketika dia baru berusia 16 tahun, dan dari sinilah bermulanya ‘kecederaan’, kaedah yang digunakan Kaiser untuk mengelak daripada benar-benar menendang bola dalam aksi kompetitif. 

Setiap kali dia hampir dipanggil untuk beraksi, Kaiser akan memberi alasan mengalami kesakitan ‘otot yang misteri’ atau lain-lain kesakitan, lalu pasukan perubatan akan menghantarnya kembali ke bilik persalinan, tempat di mana dia inginkan.

YouTube/ Paparan Skrin

Sejak itu, Carlos Raposo tidak tinggal dalam mana-mana kelab selama lebih dari tiga tahun dan menurut catatan, Kaiser bijak mengambil peluang untuk membolehkannya sering bergerak ke pasukan lain, sebolehnya adalah dengan kadar segera selepas ditempah.

Setelah kontraknya ditamatkan di Mexico, Carlos Raposo kembali ke Brazil dan dari sini, kariernya mula berkembang. Kelab terkenal negara itu iaitu Flamengo dan Botafogo, mengambil Kaiser, walaupun dia sering memberi alasan mengalami kecederaan secara tiba-tiba apabila diarah beraksi di padang.

YouTube/ Paparan Skrin

Bagaimana dua kelab terbesar Brazil ditipu oleh seorang lelaki yang tiada bakat bermain bola sepak? Jawapannya, pada era Kaiser menjalani kehidupan, adalah menjadi lebih mudah apabila anda memiliki bakat membesar-besarkan cerita kepada kebenaran, atau dalam erti kata lain, berbohong. Generasi hari ini mudah sahaja memeriksa sebarang maklumat dengan satu klik berkat keajaiban internet. Namun, pada tahun 1980-an, ini adalah kisah yang sama sekali berbeza. 

Jauh menjadi lebih sukar menyelidik untuk menemukan catatan terperinci, dan untuk membuktikan bahawa Kaiser tidak pernah bermain untuk beberapa pasukan yang dia wakili, seperti pemenang Copa Libertadores 1984, Independiente dan pasukan Perancis Gazelec Ajaccio, adalah tugas kebanyakan pemilik kelab tidak mahu mengambil tahu.

YouTube/ Paparan Skrin

Jawapan kedua untuk kerjaya Kaiser yang panjang walaupun dia tidak pernah bermain bola sepak secara profesional ialah salah satu daripada banyak bakat Kaiser, iaitu memperbesarkan rekod jaringan yang bukan dia cipta. Carlos berjaya meyakinkan semua orang dengan tipu daya yang berkesan bahawa dia seorang pemain profesional. 

Untuk melakukannya, dia perlu berdampingan dengan pemain bintang yang terkenal dalam permainan. Oleh itu, dia mula mengenali dan berdamping dengan beberapa nama terbesar dalam sukan bola sepak di Brazil. Pemain yang menjuarai Piala Dunia, Carlos Alberto dan Bebeto adalah rakan Kaiser, juga Ricardo Rocha turut mahu bersahabat dengannya.

Para pemain bola sepak lain menghabiskan masa dengan bekerja keras untuk sampai ke tempat mereka, begitu juga Kaiser yang berusaha keras dengan pembohongannya untuk terus ‘bermain bola sepak’. Apa yang mengagumkan, Kaiser tidak dilihat sebagai pemain yang diperlekeh, malahan dilayan seperti pemain profesional lain oleh hampir semua kelab yang diwakili. Mereka mahukan Kaiser yang pandai berbicara, menjadikannya sebagai kenalan yang berguna untuk mendapatkan wanita cantik misalnya.

YouTube/ Paparan Skrin

Selepas selesai kontrak dengan Ajaccio, di mana dia mengaku sebagai penjaring gol terbanyak kelab itu, Kaiser kembali ke tanah air, membuat kontrak bersama kelab Bangu pada akhir tahun 80-an, yang dimiliki oleh ketua mafia terkenal bernama Castor De Andrade.

Itu tidak menghalang keberanian Kaiser sebagai pembohong yang hebat. Dia sekali lagi bergantung pada ‘kecederaan’ yang boleh dipercayai. Castor membawa masuk Kaiser ke dalam kelabnya untuk bermain, dengan alasan bahawa Kaiser memiliki kualiti untuk menaikkan prestasi pasukannya, dan ketua samseng itu hanya mahukan jawapan ‘ya’ secara paksa apabila dia bertanya. Dan nampaknya, Carlos Kaiser tidak dapat mengelak memenuhi ‘permintaan wajib’ Castor De Andrade.

Pada satu hari, Castor De Andrade telah memintanya untuk menyertai skuad dalam perlawanan menentang kelab Curitiba. Kaiser yang ketakutan, berkata kepada pengurusnya bahawa dia mengalami kecederaan dan tidak dapat melakukannya, tetapi jurulatihnya, Moises meyakinkannya bahawa dia hanya perlu berada di bangku simpanan dan tidak akan beraksi dalam perlawanan di padang.

YouTube/ Paparan Skrin

Di bawah kepanasan 40 darjah, pasukan Bangu semakin lemah. Dalam masa lima minit, Curitiba berjaya mendahului 2-0. Castor De Andrade berasa sudah cukup untuk terus melihat lalu dia lantas memanggil pengurusnya dan menyuruh membawa masuk Kaiser. Jurulatih Moises mengarahkan ‘pemain bola sepak hebat’ ini untuk memanaskan badan.

Pentas pembohongan nampaknya akan habis pada kali ini. Sebaik sahaja Kaiser melangkah ke padang, akan terlihat dengan jelas bahawa pencapaiannya selama ini adalah tipuan semata, dan ia dipertontonkan di hadapan lelaki paling berbahaya di seluruh Brazil. Bukan sahaja kerjaya bola sepaknya yang akan berada dalam bahaya, malahan nyawanya juga.

Kaiser berada dalam keadaan terdesak untuk mencipta helahnya. Ketika dia memanaskan badan di hadapan peminat Curitiba, yang memberinya segala macam jenis cacian dan kata hinaan, dia menemui jalan keluar untuk terus menyinar dalam karier bola sepak. 

Spontan Kaiser melompat ke atas pagar dan mula bertengkar dengan para penyokong itu. Pengadil tidak mempunyai pilihan lain selain menghantarnya ke bilik persalinan dan melarangnya daripada bermain.

YouTube/ Paparan Skrin

Kaiser telah berjaya menghindari padang, tetapi tidak mungkin dia dapat menghindari kemarahan Castor De Andrade. Ketua mafia yang berang itu terus menyerbu bilik persalinan selepas perlawanan untuk berhadapan dengan Kaiser dan mahu mengajarnya.

Tetapi Kaiser berusaha membuat helah terakhir untuk menenangkan bosnya. Dia berkata kepada Castor De Andrade, “Anda seperti bapa kepada saya, yang telah lama kehilangan bapa. Saya bertengkar dengan penyokong-penyokong itu untuk menyelamatkan maruah anda, kerana mereka telah menuduh anda sebagai penjahat. Bapa saya bukan seorang penjahat.”

Penjelasan dengan pendirian terakhir seorang lelaki untuk menyelamatkan nyawanya yang tiada lagi tempat untuk pergi.

Entah bagaimana, helah licik itu terus menjadi dan berjaya. Castor De Andrade hanya mampu tersenyum dan meninggalkan bilik persalinan. Walaupun kontrak Kaiser tamat seminggu kemudian, De Andrade memanggil pengurus dan memintanya untuk menggandakan kontrak pemain itu dan memanjangkannya lagi selama enam bulan. Kaiser sememangnya seorang ‘pemain bola sepak’ yang bertuah.

YouTube/ Paparan Skrin

Itu adalah salah satu daripada banyak contoh kisah yang menunjukkan bagaimana Kaiser berjaya bertahan dalam sukan bola sepak profesional. Pada penghujung hari, dia berjaya memanipulasi ramai orang, dan selalu mempunyai cara untuk mengeluarkan dirinya dari situasi yang mendesak. Dia mungkin tidak memiliki bakat dalam sukan bola sepak, tetapi bakatnya menggunakan helah untuk terus bertahan dalam sukan itu amat luar biasa.

Kaiser terus melakukan perjalanan jauh, ‘bermain’ untuk pasukan terkenal seperti Flamengo, dan juga untuk pasukan yang kurang terkenal di tempat lain seperti di Jepun. Dan setiap kali itu, dia tidak pernah bermain walaupun dalam masa seminit, tetapi masih dapat menempah tempoh lanjutan selama enam bulan untuk dia terus berada di setiap lokasi kelab yang diwakili.

Sekurang-kurangnya hanya sekali, Kaiser pernah bekerja bersama kelab terkenal Vasco de Gama di Brazil yang berkata dia seorang pemain yang teruk dan bermasalah. Namun tidak dinafikan bahawa pemain bintang dan ternama suka mendampinginya kerana dia pandai bersosial yang mana Kaiser berperanan membantu mengubah gaya hidup mereka.

YouTube/ Paparan Skrin

Pada akhir tahun 90-an dan awal tahun 2000, strategi pembohongan Kaiser menggunakan mulut manisnya tidak lagi relevan untuk membuatnya terus bertahan dalam karier bola sepak. Seiring dengan kemajuan internet serta perkembangan media sosial, kecergasan Kaiser juga semakin merosot dan dia mengambil keputusan untuk bersara, yang mana tepat pada masanya.

Carlos Kaiser kini bekerja di Rio De Janeiro sebagai jurulatih peribadi yang mana hanya mengambil pelanggan wanita.

Louis Myles menyiarkan dokumentari mengenai Carlos Henrique Raposo bertajuk “Kaiser: The Greatest Footballer Never to Have Played Football”. Tidak hairanlah jika seseorang memutuskan untuk merakam kisahnya kerana ia adalah kisah yang membingungkan di samping amat keterlaluan, kisah yang perlu ditonton semua orang untuk mempercayai.

YouTube/ Paparan Skrin

Terdapat banyak persoalan mengenai di mana Kaiser sebenarnya bekerja, terutama semasa dia berada di luar Brazil. Dalam dokumentari itu, bekas rakan sepasukannya di kelab Ajaccio mengakui bahawa Kaiser sebenarnya tidak pernah menjejakkan kaki ke Corsica, Perancis sama sekali. 

Namun pada penghujung hari, ia menjadi tidak penting sama ada sebilangan perincian sisi lebih baik itu adalah benar. Bercakap dengan orang-orang di Brazil, Louis Myles dapat membuktikan bahawa sebahagian besar kebenaran cerita itu perlu disemak semula. 

Kaiser berjaya menjalani kehidupannya sebagai pemain bola sepak selama lebih 20 tahun dengan tipu helah. Di pengakhiran cerita, Kaiser dengan berani mendedahkan bahawa dia mencapai semua yang dia ingin capai dalam masa yang mengizinkan. Untuk menyatakan perkara sebenar, ia bergantung kepada bagaimana anda melihatnya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI SUKAN

Video Popular