Musim persekolahan bakal dibuka semula dan pada ketika ini, ada segelintir pihak yang mengeluh dan ada juga pihak yang tidak sabar untuk menghantar anak-anak kembali ke sekolah. Sudah terlalu lama sekolah ditutup disebabkan oleh pandemik global yang sehingga ke hari ini masih belum menunjukkan tanda-tanda akan surut secara total. Penutupan sekolah-sekolah ini membuatkan golongan kanak-kanak mempunyai banyak masa terluang untuk bermain.

Twitter

Baru-baru ini, seorang netizen telah memuat naik satu kejadian yang mengejutkan ketika dia pulang ke kampung untuk mengunjungi sanak-saudaranya. Kepulangan ini pada awalnya diharap untuk melepaskan kerinduan setelah sekian lama terperangkap dan tidak dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri. Namun, siapa sangka kepulangannya bakal menyebabkan dia dimarahi oleh semua orang!

Menurut netizen @jin00001 ini, dia bersama-sama dengan dua lagi saudara kecilnya telah keluar untuk bermain lumpur. Namun, secara tidak sedar, kedua-dua saudaranya itu dilihat telah dipenuhi dengan lumpur dan hal ini membuatkan @jin00001 takut untuk pulang ke rumah. Sesiapa pun yang melihat kejadian ini pasti akan naik darah bukan? Ingatkan boleh diharap untuk menjadi budak kecil, rupanya habis anak-anak ini dilumuri dengan lumpur.

Twitter

Lihatlah gambar-gambar ini. Boleh dikatakan setiap inci badan kanak-kanak tersebut telah dipenuhi dengan lumpur! Bayangkan apa yang akan jadi sekiranya lumpur ini mula mengering? Dan bagaimana pula untuk mencucinya? Pasti memerlukan masa dan sumber air yang sangat banyak!

Penularan gambar ini mengundang kelucuan dalam kalangan netizen yang menyamakan susuk tubuh kanak-kanak itu seperti patung tentera terracota yang hidup. Malah, ada juga yang menyatakan bahawa dia juga akan memarahi Yuan Po sekiranya melihat anaknya pulang ke rumah dalam keadaan yang sebegitu dahsyat.

Twitter

Tetapi, inilah ragam kanak-kanak. Mereka melakukan apa sahaja yang mereka mahukan meskipun telah dilarang oleh orang tua. Buktinya adalah menerusi perkongsian oleh para netizen tentang kenakalan anak-anak mereka.

#1 Anak kecil memang pantang nampak gincu kegemaran ibunya

#2 Bedak talkum juga antara ‘permainan’ kegemaran anak kecil

#3 Dinding adalah kertas lukisan bagi kanak-kanak

#4 Selain dinding, mereka juga gemar menconteng diri sendiri

#5 Tisu memang dicipta untuk dibuang bukan?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular