Kadang-kala, menerusi rakaman video, kita boleh menyaksikan banyak perkara aneh yang berlaku di seluruh dunia. Dan, ada kalanya, perkara yang berlaku itu sama sekali langsung tidak masuk akal.

Misalnya seperti rakaman video seekor burung yang seolah-olah “membeku dalam masa”. Video pendek berdurasi 24 saat ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @Hechizero_38, yang mendapati bahawa kejadian aneh ini berlaku di bandar Tuluá, Colombia pada 9 Julai lalu.

@Hechizero_38/Twitter

@Hechizero_38/Twitter

Menerusi video ini, dapat dilihat seekor burung seolah-oleh ‘membeku’ di langit ketika sedang terbang. Dengan maksud membeku, burung yang dirakam dilihat menjadi kaku, langsung tidak bergerak, tetapi yang anehnya burung itu masih tetap berada di tempat yang sama sepanjang video itu dirakam.

“Dikatakan kejadian ini berlaku di Tuluá, seekor burung kelihatan seperti terperangkap dalam masa… Tiada apa-apa kabel wayar yang boleh dilihat yang berkemungkinan membuatkan (burung) ini tersekat. Anda fikir apa yang berlaku di sini?”

@Hechizero_38/Twitter

Oleh kerana kejadian yang aneh dan luar biasa ini, dapat dilihat beberapa orang mula berkumpul berdekatan dengan lokasi burung itu untuk menyaksikan sendiri situasi yang jarang berlaku ini.

Walaupun rakaman video ini terlihat begitu meyakinkan, namun, masih ada beberapa orang warganet yang meragui kesahihannya. Menurut mereka, burung itu berkemungkinan besar sedang tersekat pada tali nipis yang tidak dapat dilihat melalui rakaman kamera.

@Hechizero_38/Twitter

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 12,200 tontonan, 103 retweet dan 100 sukaan.

Kejadian sebegini bagaimanapun bukan kali yang pertama dirakam oleh manusia. Beberapa bulan yang lalu, seorang wanita bernama Kayleen Bowman melalui laman Facebooknya telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan seekor burung yang berwarna hitam yang turut sama kelihatan ‘membeku’ ketika sedang terbang.

Kayleen Bowman/Facebook

Lebih menarik, video oleh Kayleen ini kelihatan lebih jelas kerana saiz burung itu yang lebih besar dan benar-benar mengelirukan orang ramai.

Walau apapun sebenarnya yang berlaku, kejadian ini sememangnya kelihatan aneh di mata kasar manusia. Dan, dalam masa yang sama telah meningkatkan rasa ingin tahu dalam diri sesiapa sahaja yang menyaksikannya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular