- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Pemuda panjat salur paip, duduk tepi tingkap hospital setiap hari demi memantau ibu yang dijangkiti COVID-19

Pengorbanan dan perjuangan seorang ibu untuk seorang anak adalah satu perkara yang luar biasa. Kasih sayang mereka tidak akan mampu dibalas dan tidak ternilai dengan apa-apa pun.

Siapa lagi yang memberi kasih sayang sepenuh hati dan sanggup berkorban segala-galanya demi kehidupan anaknya, selain daripada ibu?  

Jadi sebagai seorang anak yang begitu sayangkan ibu masing-masing, sudah pasti kita akan melakukan apa sahaja demi ibu kita, lebih-lebih lagi jika ibu kita itu sudah berusia.

@mhdksafa/Twitter [1]

Itulah yang dilakukan oleh pemuda ini. Tidak tergamak untuk tinggalkan ibu keseorangan di wad, seorang pemuda Palestin sanggup memanjat tingkap sebuah hospital.

Ini kerana, ibunya dimasukkan ke hospital ekoran telah dijangkiti COVID-19. Lelaki itu sebolehnya mungkin mahu memastikan ibunya mendapat penjagaan dan perhatian sebaik mungkin.

Foto yang menunjukkan pemuda itu, Jihad Al-Suwaiti duduk di tepi tingkap hospital amat menyentuh hati warganet selepas ianya mendapat perhatian dan tular di media sosial.

“Dia memanjat saluran paip untuk membolehkan dia memantau ibunya yang ditempatkan di tingkat dua hospital ini”.

AJ+ français/Facebook [2]

“Dia juga menghabiskan hampir keseluruhan harinya dengan berada di situ – memantau ibunya daripada luar”, cerita seorang pegawai hospital.

Menurut laporan, Jihad hanya akan turun sebaik sahaja dia benar-benar yakin bahawa ibunya sudah tidur dengan lena.

Abang kepada Jihad memberitahu media bahawa adiknya itu dilarang untuk berbuat demikian oleh pihak hospital atas faktor keselamatan.

Namun Jihad masih lagi berdegil untuk kekal menemani ibu kesayangannya yang sakit. “Jihad anak bongsu dan memang rapat dengan ibu”.

“Apatah lagi apabila bapa kami meninggal dunia 15 tahun yang lalu”, kata abangnya.

Kompas [3]

Difahamkan bahawa Jihad yang berusia 30 tahun tersebut berada di situ berjam-jam lamanya pada setiap hari sehinggalah ibunya, Rasmi Suwaiti menghembuskan nafas terakhir.

“Ibu kami menghidap leukimia dan telah disahkan dijangkiti COVID-19 beberapa minggu lalu”, jelas abangnya.

Tambahnya, Jihad seolah-olah tidak percaya dan berasa marah ketika diberitahu mengenai kematian ibu mereka. “Tapi kini dia nampaknya sudah boleh terima kenyataan”, akhirinya.

loading...