Masalah rabun dan pandangan kurang jelas ternyata merencatkan aktiviti seseorang. Oleh yang demikian, kebanyakan daripada kita memakai kaca mata dan juga kanta lekap. Leceh juga sebenarnya.

Namun jika anda berasa serik untuk memakainya, mungkin anda boleh cuba kaedah menerusi pembedahan lensa Implantable Collamer (ICL) seperti wanita ini.

Menurut Vivian Teh di laman Facebooknya, dia telah ke Vista Eye Specialist pada bulan Disember yang lalu untuk menjalani ujian keserasian. Ujian kali pertama menurutnya adalah percuma.

Vivian Teh/Facebook

Dia kemudian pergi lagi ke tempat yang sama untuk menjalani ujian pemeriksaan yang kedua, di mana ujian kali ini adalah lebih komprehensif.

Dia juga berpeluang untuk bertemu dengan doktor dengan kos berjumlah RM198. Setelah selesai ujian, doktor tidak mengesyorkan Vivian untuk menjalani pembedahan lasik dan satu-satunya pilihan yang ada untuk Vivian adalah ICL.

“Saya memerlukan banyak titisan ubat mata pada hari pembedahan, termasuk titisan khas untuk anak mata – merangkumi pembesaran anak mata yang memberi tumpuan kepada perkara kecil”.

Vivian Teh/Facebook

“Setelah ubat mula berkesan, saya diminta untuk menukar pakaian pembedahan. Mata saya terus dititiskan dengan ubat mata dan saya kemudian berbaring untuk proses pembedahan”, tulisnya.

Sebelum memulakan pembedahan, mata Vivian dititiskan ubat tahan sakit dan doktornya, Dr Paul Lim memintanya untuk memerhatikan lampu sebelum memulakan pembedahan.

“Terasa seperti doktor memasukkan cip halus pada mata saya. Pada ketika itu, saya rasa kebas. Setelah itu, doktor membetulkan kedudukan cip itu pada kedudukan yang tepat”.

Vivian Teh/Facebook

Vivian turut mejelaskan bahawa dia terasa proses pembedahan itu pada matanya namun ianya tidak meninggalkan kesakitan. Untuk setiap mata, pembedahan itu hanya memakan masa sekitar lima minit lebih.

Untuk kedua-dua belah mata Vivian, tempoh pembedahan itu hanyalah 15 minit lebih. Akan tetapi, dia perlu menunggu selama tiga jam sebelum dan selepas pembedahan dilakukan.

Jelas Vivian, dia perlu memakai penutup mata untuk tempoh sehari selepas pembedahan tersebut dijalankan dan matanya juga perlu dititiskan dengan ubat mata setiap setengah jam.

Vivian Teh/Facebook

Antara kesan sampingan selepas pembedahan ini adalah pada ketika Vivian memandang ke arah cahaya secara langsung. Dia nampak bukaan matanya mengikut unjuran cip tetapi ianya hilang dari semasa ke semasa.

Untuk anda yang berminat, berikut merupakan caj rawatan dan pembedahan untuk sebelah mata di Vista Eye Specialist :

  • ICL astigmation (Promosi : RM7998/sebelah mata, Biasa : RM9998/sebelah mata)
  • ICL tanpa astigmation (Promosi : RM5999/sebelah mata, Biasa : RM7998/sebelah mata)
  • Laser asas untuk tahap power di bawah 400 (Promosi : RM4998/sebelah mata, Biasa : Rm5998/sebelah mata)
  • Lasik khas untuk tahap power melebihi 400 (Promosi : RM4998/sebelah mata, Biasa :RM5998/sebelah mata)

Pembayaran menerusi kad kredit tidak akan dikenakan faedah selama satu tahun (bank panel Vista sahaja). Tiada pembayaran secara ansurans kecuali untuk rawatan laser asas.

Tambah Vivian, ia merupakan satu pengalaman yang sangat berbaloi. Jika anda juga mengalami masalah rabun dan tidak selesa memakai kaca mata, mungkin pembedahan ini merupakan solusinya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular