Ketidakstabilan ekonomi yang kita hadapi saat ini secara tidak langsung merumitkan seseorang itu untuk berdikari daripada segi kewangan.

Tidak kiralah sama ada anda baru bergraduasi mahupun pekerja korporat berpengalaman, ketidakpastian pekerjaan pada saat ini terbukti dengan sendirinya.

Sudah banyak individu yang telah kehilangan kerja lalu perlu mencari pekerjaan lain. Ada pula yang terpaksa kerja lebih masa.

Ada pula individu yang perlu beralih kepada perniagaan secara kecil-kecilan bagi membolehkan mereka menyara kehidupan.

Namun individu dari Taiwan ini tidak menyangka bahawa dirinya akan berhadapan dengan situasi di mana ada warga emas yang masih lagi menggunakan kudratnya untuk mencari rezeki.

Lelaki berusia tersebut dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan FoodPanda, yang bekerja menghantar makanan sehingga lewat malam!

Tambah individu itu yang turut berkongsi situasi tersebut di laman Facebooknya, dia membayangkan warga emas tersebut sama seperti datuknya.

Melalui catatan di Facebooknya itu, pengguna berkenaan menceritakan nasib lelaki tua yang ditemuinya pada suatu malam.

Rambut putih memenuhi kepala lelaki berkenaan namun ia langsung tidak menjadi penghalang buatnya membanting tulang dengan bekerja sebagai penghantar FoodPanda untuk menyara dirinya.

“Semalam ketika saya keluar, saya terkejut apabila nampak seorang lelaki tua yang bekerja sebagai penghantar makanan FoodPanda. Melihatnya bekerja hingga lewat malam, saya rasa seperti melihat datuk saya sendiri bekerja”.

“Saya tidak dapat menahan diri saya lalu bertanyakan umurnya. Dia memberitahu saya bahawa dia berumur 60 tahun”.

Walau sudah 60 tahun, dia masih lagi terus bekerja dan langsung tidak kisah untuk bekerja bagi memastikan dia mempunyai sumber kewangan yang stabil.

Melihat kepada hakikat ini membuatkan kita perlu sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan dan rezeki, terutamanya pekerjaan.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, bersyukurlah dan bekerjalah dengan rajin dan bersungguh-sungguh.

Ini kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kelak. Seeloknya kita sentiasa bersedia dan terus bertekad untuk terus bertahan.

Jadikan kisah lelaki berusia ini sebagai inspirasi untuk kita lakukan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Mari kita sama-sama doakan lelaki warga emas itu dapat menstabilkan kewangannya dan semoga setiap urusan dan kerjanya itu dipermudahkan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular