Sokongan dan dorongan daripada rakan merupakan satu ‘perisai’ yang cukup ampuh tatkala diri memerangi kegelisahan.

Kehadiran insan tersayang yang sentiasa ada di sisi ternyata memberikan impak positif terhadap kesihatan mental seseorang.

Bukan manusia sahaja yang memerlukan dorongan seperti itu. Ini kerana, berdasarkan satu video yang dimuat naik oleh saluran YouTube iaitu Kritter Klub, menunjukkan persahabatan erat antara seekor kucing dan anjing.

Kritter Klub/YouTube

Menurut sumber, anjing tersebut difahamkan duduk menjaga di luar pintu sebuah apartmen. Pemiliknya merupakan pasangan berusia yang tinggal di apartmen itu.

Kritter Klub/YouTube

Ekoran usia makin tua, pemilik mereka terpaksa ditempatkan di pusat penjagaan warga tua lantas meninggalkan anjing itu tidak bertuan memandangkan pusat itu tidak menerima haiwan peliharaan.

Anjing tersebut kekal berada di luar apartmen dan menjaga bangunan itu daripada luar dan masih memandang para penduduk di sana, berharap akan ternampak muka pemiliknya pulang ke rumah.

Untuk beberapa bulan anjing itu berada di situ. Penduduk yang kasihan dengannya turut sempat membekalkan selimut sebagai alas untuknya yang berada di luar.

Kritter Klub/YouTube

Tidak lama kemudian, muncul seekor kucing jalanan. Pada mulanya kucing itu agak takut pada manusia. Kehadiran kucing itu sedikit sebanyak mengubati kerinduan anjing itu pada tuannya.

Mereka kemudian menjadi begitu rapat. Penduduk yang melalui kawasan itu juga akan memberikan makanan untuk mereka berdua serta kotak untuk mereka tidur dan berlindung di mana anjing itu enggan meninggalkan pintu apartmen.

Kritter Klub/YouTube

Anjing itu begitu setia menunggu pemiliknya pulang ke rumah. Melihat kepada rakannya, kucing itu juga turut mengikuti langkah anjing berkenaan. Simpati dengan nasib mereka, seorang penduduk memutuskan untuk menghubungi pihak Kritter Klub agar mereka ini diselamatkan.

Kritter Klub/YouTube

Usaha untuk menangkap kedua-duanya bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka mengumpan kedua-dua haiwan tersebut dengan makanan namun hanya kucing itu sahaja yang berjaya ditangkap. Anjing itu dapat melarikan diri.

Kritter Klub/YouTube

Namun akhirnya anjing itu berjaya ditangkap. Harapan penduduk di situ agar kedua-dua mereka tidak lagi menderita di luar bangunan apartmen berkenaan dan hidup dengan gembira bersama pemilik yang baru.

Kedua-dua mereka kemudian telah dibawa ke klinik veterinar untuk diperiksa dan hasil mendapati bahawa kedua-duanya sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Kritter Klub/YouTube

Kini mereka tidak perlu lagi menderita. Persahabatan mereka sangat menyentuh hati. Walaupun bukan daripada spesies yang sama, mereka bergantung antara satu sama lain.

Semoga anjing dan kucing ini hidup bahagia bersama dengan pemilik baru selepas ini! Saksikan video mereka di bawah :

Kritter Klub/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular