Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memadam sepenuhnya lukisan mural beberapa pemimpin negara yang difahamkan telah dicemari dengan vandalisme pada pagi 20 Julai.

Lukisan mural tersebut termasuklah potret Yang di-Pertuan Agong yang telah dihasilkan oleh beberapa orang pelukis pada dinding di Seksyen U12, Shah Alam.

Shahrin Ahmad selaku Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mengambil tindakan awal dengan mengecat semula mural itu dengan cat putih.

Sehubungan dengan perkara itu, pihak MBSA juga difahamkan telah membuat laporan polis. “MBSA akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan vandalisme”.

Ianya turut mengambil kira sebarang tindakan vandalisme di tempat-tempat awam mengikut Undang-Undang Kecil Vandalimse MBSA 2005.

“Kita juga ingin menasihatkan kepada semua pihak agar merujuk terlebih dahulu kepada MBSA sebelum melakukan aktiviti lukisan mural di tempat awam di kawasan pentadbiran MBSA”, katanya.

Dalam pada itu, pelukis mural tersebut meluahkan rasa kecewa dengan vandalisme tersebut terhadap karya yang dihasilkan untuk menghargai pemimpin dan petugas barisan hadapan.

Muhammad Suhaimi Ali dan rakannya, A. Hadi Ramli menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab itu sebagai perbuatan khianat dan memalukan.

“Assalamualaikum semua.. di sini saya nak ucapkan terima kasih sebab support bakat saya dan bagi saya tunjuk bakat pada semua..”

“Saya minta maaf tiada lagi mural di U12 untuk orang datang bergambar. Hero is gone. Terima kasih semua”, tulis Suhaimi di laman Facebooknya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular