Setakat 20 Julai, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti sebanyak empat kluster baru COVID-19.

Selain itu, catatan kes COVID-19 baru-baru ini juga merekodkan trend yang meningkat daripada satu digit kes, menjadi dua digit.

@KKMPutrajaya/Twitter

Berikut merupakan perinciannya :

#1 Kluster Rumah Kongsi di Sepang

Sebanyak dua kes positif telah dikesan di tapak pembinaan di Sepang dengan kes indeks adalah pekerja Indonesia yang menjangkiti pekerja Bangladesh.

Seramai 96 individu telah diperiksa dan disaring, termasuklah sembilan orang rakyat Malaysia – dengan 94 daripadanya negatif setakat ini.

 #2 Kluster restoran di Kuala Lumpur

Ia merupakan hasil saringan yang dijalankan secara rawak oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang dijalankan di sebuah restoran yang terletak di Brickfields.

Dua individu warga India telah disaring dan hasilnya positif. Menurut Dr Noor Hisham, seramai 250 orang telah disaring termasuk 14 pekerja dan 236 pelanggan – dengan 248 diuji negatif setakat ini.

#3 Kluster Jeti Kuching

Ia melibatkan dua warganegara Indonesia yang positif dijangkiti dengan virus berkenaan. Selain itu, sebanyak 25 orang nelayan telah disaring – dengan 23 daripadanya negatif setakat ini.

#4 Kluster Pusat Jagaan Warga Emas di Kluang

Kes pertama kluster ini merupakan kes kematian pada kes ke-8770, di mana ujian saringan mendapati kes tersebut positif COVID-19.

Sehingga 20 Julai, seramai 39 orang telah disaring – dengan 14 didapati positif, 18 negatif manakala 7 lagi sedang menunggu keputusan.

13 kes melibatkan warganegara manakala seorang warga Indonesia. Kluster ini melibatkan 11 warga emas iaitu penghuni rumah jagaan tersebut, seorang pekerja dan seorang ahli keluarga.

Jelas sekali bahawa virus ini masih lagi berada dalam komuniti kita. Oleh yang demikian, kekal patuhi SOP. Jika tidak, kita berkemungkinan akan berhadapan dengan gelombang kedua. Jaga-jaga semuanya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular