Etika untuk beratur semasa menunggu untuk dilayan di mana-mana lokasipun adalah salah satu etika sosial yang diamalkan di seluruh dunia. Malahan, etika ini akan menyebabkan sesebuah kelompok masyarakat itu menjadi lebih beradap dan bertatasusila.

Bagaimanapun, agak sukar untuk melihat haiwan yang sama-sama sabar beratur untuk menunggu giliran masing-masing, bukan?

Gambar yang menunjukkan empat ekor anjing yang beratur menunggu daging bakar ini bagaimanapun telah menjadi tular di internet selepas ramai warganet yang berasa sangat teruja dengan kebijaksanaan anjing-anjing ini. Mereka malahan kelihatan sangat bersabar dalam menunggu habuan!

Menurut laman Good Times, keempat-empat ekor anjing itu sebelum ini adalah anjing jalanan yang tidak bertuan. Bagaimanapun, selepas keempat-empat ekor anjing itu mula beratur setelah melihat perlakuan manusia yang beratur untuk membeli daging bakar, anjing-anjing yang bijak itu pun mula beratur untuk ‘membeli’ daging bakar tersebut.

Teruja dengan kebijaksanaan mereka, peniaga daging bakar itu akhirnya ‘tewas’ dan memberi anjing-anjing itu daging bakar percuma sebagai ganjaran.

Dengan itu, kini anjing-anjing itu telah menjadi pelanggan tetap di gerai daging bakar itu!

Memang bijak sungguh anjing-anjing ini. Mereka tahu bahawa mereka perlu beratur untuk mendapatkan sesuatu. Nampaknya, kini haiwan juga sudah mula memahami etika yang perlu dilakukan ketika mahu mendapatkan sesuatu. Justeru, kini manusia tiada lagi alasan untuk tidak mengamalkan etika yang betul dalam kehidupan seharian!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular