Dengan ekonomi pada masa ini, tidak dapat dinafikan bahawa ramai orang terpaksa berkorban lebih masa dan tenaga untuk memastikan ada makanan yang mencukupi untuk keluarga masing-masing.

Dan, ada juga antaranya yang sanggup melakukan apa sahaja demi kesejahteraan keluarga. Misalnya seperti seorang bapa yang sanggup membawa bersama anak kecilnya semasa bekerja sebagai penghantar makanan. Dengan hanya menaiki motosikal, bapa yang tabah itu membawa bersama anak kecilnya dengan menggunakan alat pendukung bayi yang meletakkan anaknya di bahagian dadanya.

Dua keping gambar keluarga ini baru-baru ini telah tular di internet dan membuatkan ramai warganet berasa terharu.

“Tidak mudah untuk mendapatkan wang. Memang sukar untuk menjadi ibu bapa. Sentiasa ingat untuk menunggang dengan perlahan ketika menghantar makanan. Keselamatan diutamakan!” tulis kiriman itu.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik, seorang lelaki penghantar makanan bersama dengan seorang kanak-kanak di dadanya dilihat sedang menunggu di sebuah restoran untuk mengambil makanan yang dipesan oleh pelanggan.

Sementara menunggu pesanan siap, lelaki yang kelihatan kepenatan itu dirakam tidak lupa untuk memeluk anaknya. Memang sayu melihatnya.

Gambar ini seterusnya telah membuatkan ramai warganet berasa terharu dan mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan selalu.

“Tidak mudah untuk mendapatkan wang sekarang,” tulis salah seorang warganet.

“Saya benar-benar hargai ibu bapa yang sebegini, mereka mempunyai rasa tanggungjawab,” puji salah seorang warganet.

“Saya pernah melihat ramai ibu bapa yang membawa anak mereka semasa menghantar makanan, dan saya pernah melihat orang tua yang sudah beruban melakukan kerja menghantar makanan. Benar-benar tidak mudah untuk semua orang,” komen yang lainnya.

Ternyata, memang benar apa yang diluahkan oleh warganet. Dengan situasi terkini, ramai individu yang terjejas dan terpaksa melakukan kerja-kerja lain yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Untuk si bapa yang tabah ini, didoakan semoga semua urusannya berjalan dengan lancar!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular