Pada 20 Julai 1999, 21 tahun yang lalu, mantan pemimpin Parti Komunis China, Jiang Zemin telah menyalahgunakan kuasanya untuk memulai penganiayaan terhadap Falun Gong, bahkan melakukan jenayah pengambilan organ secara paksa terhadap pengamal Falun Gong. 21 tahun telah berlalu, tetapi penganiayaan tetap berlanjutan. Banyak nyawa mereka yang tidak berdosa telah terkorban.

Menurut sebuah laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Minghui telah melaporkan bahawa antara Januari hingga Jun 2020 seramai 2,654 pengamal Falun Gong telah ditangkap dan 2,659 orang telah dikasari. Tidak hanya itu, seramai 1,687 penganut Falun Gong juga telah digeladah rumah mereka.

Menurut laporan itu lagi, ramai pengamal warga tua yang menjadi sasaran. Sebanyak 10.1% daripada 5,313 pengamal yang disasar adalah mereka yang berusia 65 atau lebih tua. Seramai 116 orang yang berusia antara 65 dan 70 juga menjadi sasaran PKC dan seramai 278 berumur 70-an, 140 orang berusia 80-an, dan 6 orang berumur 90-an.

Amalan Falun Gong atau Falun Dafa yang memegang tiga prinsip “Sejati-Baik-Sabar” telah meraih populariti dan ramai pengikut di China pada akhir tahun 1990-an. Kerajaan Komunis China menganggap rakyat yang mematuhi undang-undang sebagai suatu ancaman terhadap idealogi komunisme.

Pada 20 Julai setiap tahun, pengamal Falun Gong di seluruh dunia akan menyalakan lilin dan mengadakan perarakan. Tidak hanya itu, mereka juga menyebarkan bahan maklumat sebagai peringatan kepada hari gelap itu serta sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai pembunuhan beramai-ramai yang masih berterusan.

Tahun ini, di mana wabak Koronavirus masih menular, ramai pengamal Falun Gong tidak berhenti untuk menarik perhatian orang ramai mengenai penganiayaan yang kejam itu. Ada antara mereka yang melakukan kempen secara dalam talian dengan harapan semua kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan China dapat dihentikan.

Pengamal Falun Gong yang berada di Kanada dan Australia telah merancang untuk melakukan dua perhimpunan dalam talian yang berasingan pada 20 Julai dengan mendengar perbahasan daripada senator, penggubal undang-undang dan peguam hak asasi manusia.

Berikut adalah beberapa foto terpilih semasa hari memperingati Falun Dafa pada 20 Julai.

Lilin dinyala di depan Konsulat China di Vancouver pada 10 Julai 2020. (Minghui)

Pengamal Falun Gong memegang sepanduk bertuliskan “Hentikan penganiayaan terhadap Falun Gong di China” di hadapan Konsulat China di Vancouver pada 10 Julai 2020. (Minghui)

Pengamal Falun Gong dari wilayah Vancouver yang lebih besar telah berkumpul di hadapan Konsulat China di Vancouver pada 10 Julai 2020 sebagai tanda bantahan terhadap penganiayaan yang dilakukan oleh kerajaan China. Mereka yang hadir telah membentuk dua buah baris sepanjang 100 meter di kedua-dua sisi pintu masuk ke Konsulat China sambil memegang sepanduk yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan Cina, meminta untuk menghentikan penganiayaan yang kejam itu.

“Menolak PKC sama juga dengan menolak virus”

Seorang lelaki telah memakai topeng buatan khas dengan logo “virus PKC” kemudian mendekati pengamal Falun Gong yang memegang sepanduk yang berbunyi, “Jauhkan diri daripada PKC dan Virus PKC” dan memberikan isyarat ‘bagus’ dengan apa yang dilakukan mereka. Menurut lelaki ini lagi, dia tahu segala jenayah yang dilakukan oleh PKC.

(Minghui)

PKC telah melakukan penyiksaan seperti mengambil organ secara paksa daripada pengamal Falun Gong yang masih hidup, pembunuhan beramai-ramai orang Uighur, dan tindakan keras terhadap penduduk Hong Kong. Dia mengatakan dia baru-baru ini kembali dari Hong Kong dan dia membenci apa yang telah dilakukan PKC kepada rakyat di Hong Kong.

“Satu-satunya Harapan Kemanusiaan adalah Meningkatkan Moral”

Untuk menarik perhatian terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh parti komunis di China selama selama 21 tahun ini, pengamal Falun Gong telah mengadakan demonstrasi di pusat bandar Auckland pada 20 Jun 2020. Orang ramai yang lalu di kawasan itu terkejut apabila mengetahui tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan PKC termasuk pengambilan organ secara paksa pada mereka yang masih hidup.

(Minghui)

Riccardo Bossi, pemimpin Australia One Party, pada perhimpunan itu.  (Minghui)

Sementara itu, di Australia, perhimpunan diadakan untuk meraikan 350 juta warga China yang keluar dari PKC di hadapan Sydney’s Customs House pada 31 Januari 2020. Bercakap dalam perhimpunan itu, Riccardo Bossi, pemimpin Australia One Party, pengarang, penceramah, perunding perniagaan antarabangsa, dan bekas leftenan kolonel Pasukan Khas Tentera Australia telah mengucapkan tahniah kepada rakyat China yang telah memilih untuk keluar dari PKC.

Bossi berkata: “PKC merosakkan lingkaran politik di Australia. Mereka telah banyak melabur di negara ini. Australia, yang dulu kuat dari segi ekonomi dan mampu berdiri sendiri kini telah menjadi pengikut PKC. Sekiranya rejim tersebut tidak hancur, China dan Australia juga akan hancur. Sekiranya orang Australia ingin menyelamatkan Australia, mereka mesti menolong orang Cina untuk keluar dari PKC dan menyelamatkan China. “

Menunjukkan kepada orang ramai tentang rutin amalan yang mudah

Untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang ramai mengenai apa yang sedang berlaku, pengamal Falun Dafa telah melakukan latihan meditasi yang mudah bertempat di taman dan memberitahu orang ramai yang lalu di situ mengenai manfaat rutin tersebut terhadap kesihatan.

Pengamal Falun Gong melakukan latihan meditasi dan memberitahu orang ramai yang lalu di situ mengenai penganiayaan yang berlaku. Lokasi: Santa Monica Pier, di Los Angeles, 12 Julai 2020. (Minghui)

Lebih daripada 200 orang pengamal Falun Gong di Bandar Chiayi, Taiwan, berkumpul di Taman Wenhua pada 11 Julai 2020. (Minghui)

Demonstrasi latihan Falun Gong di hadapan Customs House yang bersejarah di pusat bandar Sydney pada 31 Januari 2020. (Minghui)

“Terima kasih kerana memberitahu saya tentang perkara ini”

Para pengamal yang kelihatan tenang ketika melakukan meditasi telah membuatkan ramai yang kagum malah ada antara mereka yang mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan ini kerana menyedarkan mereka tentang pelanggaran hak asasi manusia di China.

“Terima kasih kerana memberitahu saya mengenai perkara ini kerana saya tidak tahu bahawa keadaan di China sangat mengerikan,” kata seorang pelancong. “Kebebasan dalam memiliki kepercayaan penting bagi masyarakat kita dan hak itu harus dilindungi.”

Pengamal Falun Gong memberi maklumat kepada orang awam di Milan, Itali, pada 4 Julai 2020. (Minghui)

Pengamal Falun Gong memberi maklumat kepada orang awam di Milan, Itali, pada 4 Julai 2020. (Minghui)

Memberitahu orang awam tentang penganiayaan pada 12 Julai 2020, di Los Angeles. (Minghui)

Berkongsi maklumat mengenai penganiayaan dengan penunggang motosikal di Kota Chiayi, Taiwan, pada 11 Julai 2020. (Minghui)

Seorang pengamal Falun Gong menyampaikan maklumat kepada orang ramai di National Mall, Washington pada 4 Julai 2020. (Minghui)

“Apa yang boleh kami lakukan untuk membantu?”

Pada bulan-bulan awal tahun 2020, ketika wabak Koronavirus mula memuncak, kebanyakan provinsi di China ditutup, tetapi gangguan terhadap kumpulan ini tidak berhenti. Menurut laporan Minghui lagi, lebih ramai pengamal Falun Dafa telah ditangkap pada bulan Februari, Mac, Mei dan Jun 2020 berbanding pada tahun lalu.

Orang awam yang mula tahu mengenai kekejaman yang dihadapi oleh ahli Falun Dafa sering bertanya apa yang boleh mereka lakukan untuk membantu mereka yang dianiaya. Buat masa ini apa yang boleh dilakukan ialah dengan berkongsi maklumat yang diperolehi kepada rakan-rakan dan keluarga supaya lebih ramai orang yang tahu akan perkara ini. Mereka juga boleh menandatangani petisyen untuk meminta senator atau mereka yang berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap PKC.

(Minghui)

Pelancong mengetahui tentang penganiayaan di Human Rights Plaza di Paris pada 28 Jun 2020.  (Minghui)

Orang awam menandatangani petisyen untuk menghentikan penganiayaan terhadap Falun Gong di China bertempat di City Square, Melbourne pada 6 Jun 2020. (Minghui)

Seorang lelaki tua menandatangani petisyen untuk menghentikan penganiayaan terhadap Falun Gong di China yang bertempat di Hannover, Jerman, pada 13 Jun 2020. (Minghui)

Usaha gigih yang dilakukan oleh pengamal Falun Gong untuk memperlihatkan penganiayaan dengan cara yang aman sangat dikagumi oleh orang ramai.

Namun, ada yang tertanya-tanya apa gunanya menandatangani petisyen dan berdemonstrasi di jalanan, jika penganiayaan tidak berhenti selama 21 tahun ini. Mungkin kata-kata dari Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat yang ke-16, berbicara banyak mengenai tujuan mereka iaitu: “Kemungkinan kita gagal dalam perjuangan tidak seharusnya menghalang kita daripada memberi sokongan kepada sesuatu yang kita yakin akan keadilannya.”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran VIDEO

Video Popular