Pada 9 Julai lalu, kedutaan China di Khazakhstan telah melaporkan tentang kewujudan satu lagi penyakit radang paru-paru yang hampir serupa dengan virus Parti Komunis China (COVID-19) yang telah menyerang penduduk di Khazakhstan.

Unsplash

Dalam laporannya, pihak kedutaan China menyatakan bahawa sejenis “epidemik radang paru-paru yang tidak dikenalpasti” telah menular di Khazakhstan, dan menyatakan bahawa epidemik ini telah menjangkiti lebih ramai penduduknya berbanding virus PKC yang diketahui ramai mula menular mulai Disember 2019.

Kementerian Kesihatan Khazakhstan bagaimanapun dengan tegas telah menyangkal pernyataan ini dengan melabelkannya sebagai “berita palsu”. 

Dalam kenyataan yang sama itu juga, pihak Kementerian Kesihatan Khazakhstan telah menegaskan bahawa walaupun bilangan kes jangkitan radang paru-paru di negara itu telah mengancam sehingga 1,772 nyawa pada separuh pertama tahun ini, namun, bilangan kes itu adalah sesuai dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

“Beberapa media China mengeluarkan maklumat mengenai radang paru-paru Kazakhstan yang salah,” memetik kenyataan itu.

Disamping itu, satu pernyataan dari WHO juga turut menekankan bahawa kes radang paru-paru yang meningkat di Khazakhstan adalah sama sekali tidak diklasifikasikan sebagai penyakit yang tidak ketahui, seperti yang didakwa oleh pihak PKC. Pihak WHO malahan menyatakan bahawa kes radang paru-paru yang mula menular di negara itu kini berkemungkinan adalah kes virus PKC yang tidak didiagnosis.

Setelah Khazakhstan dan WHO sama-sama menyangkal dakwaan kedutaan China itu, dilaporkan pihak kedutaan ini secara senyap-senyap telah mengubah isi laporan yang diterbitkan sebelumnya.

Mereka telah mengubah tajuk laporan daripada “penyakit radang paru-paru yang tidak dikenalpasti” kepada “penyakit radang paru-paru”, serta menambah pernyataan yang mengatakan bahawa “angka kematian daripada penyakit ini adalah jauh lebih tinggi berbanding di Wuhan”. Disamping itu, pihak kedutaan China juga telah memadam semua huraian tentang “penyakit radang paru-paru” dalam laporannya.

Terdahulu, PKC didapati cuba untuk menyalahkan beberapa negara Barat seperti Amerika Syarikat, Itali, Perancis dan beberapa negara lain dengan menyatakan bahawa negara berkenaan merupakan punca kewujudan virus PKC yang telah mengorbankan banyak nyawa. Bagaimanapun, kesemua negara-negara ini telah menyerang balas setiap pernyataan yang dikeluarkan oleh PKC sehingga akhirnya negara itu gagal ‘membuang’ virus itu dari China.

Justeru, dunia luar berpendapat bahawa PKC sekali lagi mencuba untuk melakukan misinya dengan mewujudkan berita palsu di Khazakhstan.

Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular