Waktu gosok gigi mungkin antara waktu yang paling mencabar buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Bukan muda untuk menyuruh mereka menggosok gigi setelah seharian menikmati pelbagai makanan. Pasti ada sahaja alasan mereka untuk melarikan diri daripada menggosok gigi dan ketika inilah ibu bapa harus kreatif untuk memujuk mereka.

Berbeza dengan anak-anak kecil yang banyak ragamnya, ikan ini nampaknya sangat teruja apabila giginya digosok.

Facebook | The Pet Collective

Berapa ramai yang pernah melihat gigi ikan digosok? Bagi yang tidak pernah melihat bagaimana caranya, video ini pasti akan buatkan anda tersenyum apabila melihat sendiri gelagat comel ikan tersebut.

Facebook | The Pet Collective

Dia kelihatan sangat seronok apabila melihat berus gigi dan terus membuka mulutnya supaya giginya dapat digosok. Dia juga sepertinya tidak sabar untuk giginya digosok. Nampak sahaja berus gigi terus dia membuka mulutnya luas!

Facebook | The Pet Collective

Buat ibu bapa yang ada anak kecil yang tidak suka menggosok gigi, anda boleh tunjukkan video ini kepada mereka. Bayangkan kalau ikan yang hidupnya dalam air pun gosok gigi, inikan pula kita yang makan pelbagai makanan setiap hari. Anak kecil anda kini tiada alasan untuk tidak gosok gigi!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular