Ramai antara kita yang mempunyai ‘bantal busuk’ kita yang tersendiri. Istilah ini bagaimanapun boleh diaplikasikan untuk apa-apa jenis kelengkapan tidur, tidak kiralah bantal, selimut mahupun kain.

Bagaimanapun, anehnya, walaupun bantal busuk kita telah disimpan lama, tetapi hanya kita sahaja yang sanggup bertahan dengan baunya, bukan?

@fyaireez/Twitter

Begitulah yang dirasakan oleh seorang kanak-kanak perempuan yang tular di media sosial baru-baru ini setelah bapanya memuat naik video lucunya bersama bantal busuknya.

Video itu telah dimuat naik di laman Twitter oleh @fyaireez pada 14 Julai lalu dan telah meraih sehingga lebih dari 480,300 tontonan, lebih dari 51,000 sukaan, lebih dari 42,900 retweet dan 332 komen sehingga entri ini dihasilkan.

@fyaireez/Twitter

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, bapa kanak-kanak itu, Muhd Fyairees Syalihin, dilihat sedang mengusik anak perempuannya, Aldariya, untuk membuang bantal busuknya.

@fyaireez/Twitter

“Bantal busuk itu dah busuk!” kata Fyairees kepada Aldariya sambil mengusik seperti mahu merampas bantal busuk daripada anaknya.

Mendengar kata-kata bapanya, Aldariya dengan spontan terus menghidu bau bantal busuknya itu, kemudian dengan comel mengeluarkan reaksi yang tidak diduga,

“Bluek!” katanya.

@fyaireez/Twitter

Lucu! Nampaknya Aldariya sebenarnya tahu bahawa bantalnya sememangnya tidak lagi berbau wangi!

Tidak berpuas hati, Fyairees sekali lagi cuba mengusik anaknya itu dengan cuba merampas bantal busuknya. Tanpa berlengah, Aldariya segera menahan bapanya dengan berkata, “tak mau! (tidak mahu)” dan terus menunjukkan simbol peace kepada bapanya.

@fyaireez/Twitter

Dengan ini, nampaknya Fyairees sekali lagi telah ‘kalah’ dengan kecomelan anaknya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular