Berapa ramai antara anda yang mempunyai pengalaman dikejar anjing?

Pengalaman tersebut mungkin merupakan memori pahit yang tidak mahu diingati namun bagi sesetengah orang pengalaman itu mungkin juga memori paling lucu yang pernah dialami.

Bagi yang pernah dikejar anjing pastinya punyai fobia dan rasa takut tetapi jika berhadapan dengan anjing jinak seperti ini mungkin rasa itu akan berubah.

Sebuah video menunjukkan seekor anjing jinak yang ‘bertugas’ sebagai pengambil surat telah dimuat naik ke Facebook oleh seorang pemuda, Munir Mohd di laman Facebook miliknya.

Munir Mohd/Facebook

Munir Mohd/Facebook

Di dalam video itu jelas menunjukkan seekor anjing datang kepadanya dan mengambil surat yang dihulurkan dengan menggunakan mulutnya.

Selepas mengambil surat anjing bijak itu kemudian terus berlari masuk semula ke dalam rumah.

Munir Mohd/Facebook

Menurut kapsyen yang ditulis, Munir memberitahu bahawa anjing tersebut sememangnya sangat jinak dan mereka telah ‘berkenalan’ selama empat tahun lamanya.

Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih 10,000 ‘like’ dan telah dikongsi lebih daripada 11,000 kali oleh pengguna Facebook.

Munir Mohd/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular