Hopper HQ, yang merupakan sebuah syarikat berpangkalan di United Kingdom yang menyelia akaun media sosial bagi pihak syarikat atau individu.

Pada awal bulan Julai, syarikat tersebut telah memuat naik senarai carta pengguna laman Instagram yang paling kaya untuk tahun 2020, dan bintang filem Fast and Furious, Dwayne Johnson (@therock), telah menjuarai carta berkenaan dengan nilai $1,015,000 (RM 4,326,463.02) untuk setiap kiriman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock) on

@therock/Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock) on

@therock/Instagram

Menurut BBC, nilai yang dinyatakan dalam carta oleh syarikat ini adalah anggaran kos yang boleh digunakan oleh pengguna akaun Instagram berkenaan untuk bayaran caj bagi setiap kiriman yang ditaja di ruangan akaunnya.

Hopper HQ

Dwayne Johnson, atau lebih dikenali sebagai The Rock ketika beliau masih bergiat dalam industri sukan gusti, kini telah meraih sebanyak 187,300,000 pengikut sementara selebriti Kylie Jenner (@kyliejenner), yang merangkul tempat kedua dalam carta, mempunyai sebanyak 181,500,000 pengikut dengan nilai setiap kiriman sebanyak $986,000 (RM 4,202,854.05).

Kylie Jenner bagaimanapun pada tahun 2019 pernah menjuarai carta yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kylie 🤍 (@kyliejenner) on

@kyliejenner/Instagram

Tempat ketiga dalam carta pula adalah pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo (@cristiano) yang mempunyai lebih banyak pengikut berbanding Dwayne dan Kylie, iaitu sebanyak 224,800,000 pengikut dengan nilai setiap kiriman yang berjumlah $889,000 (RM 3,789,388.69).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

@cristiano/Instagram

Carta ini seterusnya diikuti oleh Kim Kardashian di tangga yang keempat, Ariana Grade di tangga yang kelima, Selena Gomez di tangga yang keenam, Beyonce di tangga yang ketujuh, Justin Bieber di tangga yang kelapan, Taylor Swift di tangga yang kesembilan serta diikuti oleh pemain bola sepak Neymar da Silva Santos Junior di tangga yang kesepuluh.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular