Masih ingat mengenai sistem barter yang pernah dipelajari di sekolah suatu ketika dahulu? Jika zaman dahulu ketika belum wujudnya sistem wang, manusia menggunakan sistem barter iaitu sistem tukar barang untuk mendapatkan sesuatu keperluan.
Hari ini, sistem ini sudah tidak diguna pakai dan jika ada pun adalah sangat terhad dan dilakukan hanya oleh individu tertentu.
Namun buat kanak-kanak lelaki ini dia nampaknya begitu bijak menggunakan sistem barter untuk mendapatkan joran baru setelah joran lamanya patah.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh pemilik kedai peralatan memancing DRAVE, Roob Ganesan yang telah berkongsi cerita tersebut di Twitter miliknya.
Habis lunch tadi, staff call. “Boss, ada budak gemuk nie cari boss”. Jem kejab, siapa pulak cari aku nie. Sampai opis, ada budak budak nie nak beli rod, rod lama dia patah. pic.twitter.com/YHKxlwuJTC
— Roob Ganesan (@RoobGanesan) July 14, 2020
Ketika berjumpa dengan Roob, budak lelaki itu memberitahu bahawa dia mahu membeli joran baru kerana jorannya patah.
Namun begitu, dia tidak mempunyai wang dan apa yang lebih menariknya dia telah menawarkan empat ekor ikan haruan sebagai tukaran kepada joran baru.
Memandangkan budak lelaki ini kelihatan sangat jujur dan tidak mencuri jadi Roob bersetuju untuk menukar ikan haruan tersebut dengan joran baru. Lagi pula kanak-kanak itu juga bekerja keras untuk mendapatkan ikan haruan bagi ditukar dengan joran baru.
Ramai netizen kagum dengan kepintaran budak lelaki itu dan memujinya kerana telah berusaha mendapatkan joran baru dengan empat ekor ikan haruan.
Tidak hanya itu, ramai juga yang mengucapkan terima kasih kepada Roob kerana membantu kanak-kanak itu untuk mendapatkan joran baru.
Maybe you're interested :
- Pemilik gerai burger di Kota Damansara ini tawar burger percuma kepada sesiapa yang kurang berkemampuan ketika PKP dilaksanakan
- Tidak mampu beli jam tangan, seorang kanak-kanak lelaki ‘buat’ jam sendiri guna kertas sebelum dibelanja oleh netizen baik hati
- Dakwa Parti Komunis China secara paksa ambil organ komuniti Uighur, aktivis desak siasatan dilakukan