Antara tempat yang paling menarik untuk dilawat ketika berkunjung ke zoo atau taman hiburan ialah safari. Di sana pengunjung boleh melihat sendiri haiwan liar secara dekat tanpa perlu takut. Biasanya pengunjung akan dibawa menaiki kenderaan seperti jip atau ‘buggy’ untuk masuk ke kawasan di mana haiwan-haiwan liar akan dibebaskan berjalan di sekitar situ.

Kedengarannya seperti mengujakan bukan? Tetapi bagaimana pula jika memang ada haiwan liar yang datang kepada anda dengan wajah garang mereka? Sedikit sebanyak pasti ada rasa takut. Namun, semua rasa itu pasti akan hilang seketika jika melihat singa jinak yang berada di Taman Safari Taigan ini.

Singa jinak bernama Filya ini kelihatan sangat mesra dengan pengunjung safari itu. Dia malah siap boleh ‘menyapa’ penunjung yang berada di dalam buggy dengan caranya yang tersendiri.

Singa berusia dua tahun itu dengan ramah telah masuk ke dalam buggy dan terus ke tempat duduk pemandu sehingga memaksa pemandu itu untuk turun untuk membiarkan haiwan besar itu duduk di situ.

Tidak cukup dengan itu, singa itu terus beramah mesara dengan pengunjung lain. Dia kemudian pergi ke arah seorang pelancong wanita dan mengusap wajahnya pada wanita itu dengan manja seolah-olah mahu dibelai. Sejurus selepas itu, dia pula naik ke pangkuan seorang pengunjung dan memeluk serta menjilat wajah seorang wanita itu.

Nampaknya singa ini sangat mengalu-alukan kehadiran mereka di taman safari itu. Jangan kata pengunjung sahaja yang teruja kerana singa ini nampaknya lebih seronok berjumpa dengan peminat-peminatnya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular