Tinggal di pangsapuri datang dengan risikonya yang tersendiri. Tambahan pula untuk keluarga yang mempunyai anak kecil. Hal ini kerana tanpa pengawasan yang secukupnya, tindak-tanduk anak kecil yang tidak diduga kadang-kala boleh mengundang bahaya.

Miguel E Urquijo/Facebook

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah rakaman video pendek yang menunjukkan situasi seorang kanak-kanak yang berdiri di atas sebatang paip di bahagian dinding luar sebuah pangsapuri. Kejadian yang mendebarkan ini dipercayai berlaku di luar negara.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat bahawa kanak-kanak itu hanya berdiri kaku sambil memandang ke bahagian bawah bangunan, mungkin kerana berasa sangat takut dengan situasi yang sedang dialaminya.

Miguel E Urquijo/Facebook

Miguel E Urquijo/Facebook

Bagaimanapun, pada saat ke 05:00 video, didapati dua orang lelaki dewasa mula muncul di bahagian tingkap yang berdekatan dengan lokasi kanak-kanak itu berdiri.

Dengan tergopoh-gapah, salah seorang daripadanya memanjat tingkap sambil menstabilkan diri dengan berpaut pada pemegang kipas pendingin hawa yang turut berada di lokasi yang sama dan dalam masa yang sama seorang lagi lelaki yang berada di situ turut membantu memegang lengan lelaki yang berada di luar tingkap itu.

Miguel E Urquijo/Facebook

Tanpa membuang masa, lelaki itu segera menggenggam erat pergelangan tangan kanak-kanak tersebut dan menariknya masuk ke tingkap sebelum kanak-kanak itu disambut oleh lelaki yang sudah bersedia di muka tingkap bagi menyambut kanak-kanak yang malang itu.

Miguel E Urquijo/Facebook

Syukurlah, dengan bantuan pantas dan cekap daripada lelaki berkenaan, kanak-kanak yang berdepan risiko yang paling buruk itu telahpun selamat.

Miguel E Urquijo/Facebook

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Miguel E Urquijo, pada 16 Jun lalu telah meraih lebih dari 59,000 tontonan, lebih dari 1,600 perkongsian, 203 reaksi dan 111 komen daripada warganet yang turut sama berdebar menyaksikan misi menyelamat ini.

Syukurlah, tiada mana-mana pihak yang tercedera dalam misi menyelamat yang luar biasa ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular