PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah  mengatakan bahawa Rapit Test Kit (RTK) atau kit ujian pantas yang digunakan untuk mengdiagnosis COVID-19 boleh menghasilkan keputusan negatif yang palsu dalam 1 daripada 10 orang yang diuji.

SAJJAD HUSSAIN/AFP via Getty Images

Hal ini kerana berdasarkan penyelidikan ada kemungkinan besar keputusan palsu dipengaruhi ketika kit berada di dalam inkubasi di mana jumlah virus yang rendah dapat dikesan oleh RTK. Oleh itu, mereka yang menjalani pemeriksaan harus menjalani kuarantin selama 14 hari seperti yang telah ditentukan. Sekiranya seseorang individu yang mengalami gejala mereka harus memaklumkan kepada jabatan kesihatan daerah terdekat supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Dr Noor Hisham juga mengatakan bahawa kelebihan RTK adalah dapat mengesan virus Covid-19 dalam jumlah besar dalam jangka waktu yang singkat.

RTK digunakan untuk menyaring mereka yang kembali dari luar negara dan juga boleh berfungsi sebagai pengawasan untuk penyakit tersebut. Tambah beliau lagi, RTK telah digunakan sejak 6 Mei lalu setelah kit ujian tersebut menjalani spesifikasi teknikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Ujian RTK yang dilakukan pada sampel darah hanya mengesan antibodi yang terhasil akikat Koronavirus dan bukan mengesan virus itu sendiri. Antibodi pula boleh terhasil di dalam badan antara tujuh hingga 14 hari selepas seseorang dijangkiti virus tersebut.

Keputusan negatif yang terhasil tidak bermakna individu tersebut tidak dijangkiti virus. Walau bagaimanapun, teknik Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) dikatakan lebih dipercayai tetapi memerlukan masa yang lebih masa untuk mendapatkan keputusan. Kaedah ini dapat mengesan kehadiran Covid-19 di dalam badan individu dengan melihat bahan genetik yang diambil daripada sapuan.

MOHD RASFAN/AFP via Getty Images

Di Korea Selatan mempunyai nisbah ujian 26.29 individu untuk setiap 1,000 individu, sementara Vietnam adalah 2.7 dan 4.1 di Jepun.

“Ujian kita adalah sama dengan Korea Selatan. Walaupun kapasiti makmal kita untuk menguji adalah 37,000 sampel sehari, kadar positifnya pula adalah 1.05%. Ini bermakna 99% ujian Covid-19 telah negatif,” kata Dr Hisham lagi.

Beliau menambah lagi dengan mengatakan bahawa Singapura telah menguji sebanyak 79.83 dari 1,000 individu, sementara itu Australia dan New Zealand masing-masing telah menguji sebanyak 114.15 dan 87.54 ujian.

“Baru-baru ini, kes di Malaysia adalah rendah. Namun, untuk memastikan bahawa kes-kes di masyarakat dipantau, kami telah meningkatkan aktiviti pengawasan,” ujarnya lagi.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular