MELAKA – Polis akan mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat terhadap pesalah trafik dan lalu lintas yang menggunakan ‘telefon bimbit semasa memandu’ mulai 10 Julai. 

Pesalah trafik tidak lagi boleh membayar saman dengan kesalahan itu di kaunter trafik balai polis berdekatan, tetapi mereka harus ke mahkamah untuk menyelesaikan saman tersebut. Mereka yang tidak dapat membayar denda seperti yang diputuskan oleh mahkamah boleh dikenakan hukuman penjara.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Melaka, Superitendan Hasan Basri Yahya berkata kepada Sin Chew Daily, polis mengeluarkan saman Tidak Boleh Kompaun (NC) untuk pemandu yang melanggar undang-undang iaitu dengan kesalahan ‘menggunakan telefon bimbit ketika memandu’ bermula 10 Julai, yang bermaksud pesalah trafik ini tidak lagi menikmati potongan diskaun dan kesalahan terus dibawa ke mahkamah.

Unsplash/Gambar Hiasan

Mereka yang menerima saman yang berkaitan perlu menyelesaikan pembayaran saman atau denda di mahkamah seperti mana yang ditetapkan di dalam notis saman.

“Mahkamah akan memutuskan denda ke atas pesalah. Sekiranya individu berkenaan gagal membayar denda, mereka akan berhadapan dengan hukuman penjara. Kini, pesalah trafik dengan kesalahan ini tidak lagi membayar denda di kaunter trafik, tetapi harus menyelesaikan saman mereka di mahkamah dan biarlah pengadilan yang memutuskan,” kata Superintendan Hasan Basri.

Menurutnya, penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah satu kesalahan menurut peruntukan Kaedah 17A (1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1987, yang mana seseorang yang memandu kenderaan bermotor di atas jalan raya tidak boleh menggunakan telefon bimbit atau apa-apa alat komunikasi lain, melainkan ia digunakan melalui suatu alat tanpa perlu dipegang.

Unsplash/Gambar Hiasan

Kesalahan yang disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, menurut perutukan Kaedah 17A (2) kaedah yang sama.

Mulai 10 hingga 15 Julai 2020, polis Melaka telah mengeluarkan 109 saman dengan kesalahan berkaitan.

Superintendan Hasan Basri menekankan bahawa menggunakan telefon bimbit atau apa-apa alat komunikasi lain semasa memandu adalah suatu kesalahan yang serius dan beliau menasihatkan orang ramai untuk memikirkan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain, menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya dan sentiasa berhati-hati ketika memandu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular