Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo menyatakan dalam sidang media pada 15 Julai bahawa beliau telah menjangkakan Parti Komunis China (PKC) mengizinkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pergi ke China untuk memulakan siasatan Virus PKC (COVID-19), tempat asal di mana virus bermula.

Namun, hasil penyiasatan terakhir WHO kini adalah untuk membantu Parti Komunis China ‘memutihkan asul-usul virus’ secara menyeluruh.

Sejak pandemik Virus PKC (COVID-19) bermula di Wuhan, China pada akhir tahun lalu, hampir 580,000 orang di seluruh dunia telah maut akibat wabak ini dan lebih 13 juta orang didiagnos positif dengan jangkitan virus tersebut.

Christopher Black/ World Health Organization/AFP

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang berpusat di Geneva telah menghantar pasukan penyelidiknya ke China pada awal bulan Julai untuk menyiasat asal-usul wabak ini.

Penyelidikan hanya tertumpu kepada penyiasatan bagaimana virus itu telah menular daripada haiwan kepada manusia, dan hasil siasatan tidak merangkumi penyelidikan mengenai apakah virus itu telah bocor dari makmal Institut Virologi Wuhan.

Mike Pompeo menyatakan pada Rabu bahawa beliau menjangka hasil penyiasatan WHO akan  diputihkan dengan sepenuhnya oleh PKC.

“Ini adalah rejim yang tidak mendedahkan maklumat virus yang mereka miliki dan virus itu kini telah membunuh lebih daripada 100,000 orang di Amerika Syarikat. Sekarang mereka membenarkan WHO mengambil alih pekerjaan ini, dan saya percaya ini akan menjadi hasil penyiasatan yang sepenuhnya diputihkan,” kata Pompeo.

MANUEL BALCE CENATA/POOL/AFP via Getty Images

“Saya berharap jangkaan saya salah. Saya berharap ini adalah penyiasatan menyeluruh yang dapat dijalankan dengan lebih mendalam, tetapi saya telah melihat tindakan yang diambil oleh Parti Komunis China terhadap virus ini yang berasal dari Wuhan, dan mereka semua menafikannya,” tambah Pompeo.

“Mereka telah lama memusnahkan sampel. Mereka menahan para wartawan dan doktor yang bersedia mendedahkan perkara sebenar, dan mereka tidak dibenarkan melakukan apa yang harus dilakukan oleh negara yang benar-benar besar di pentas global iaitu ketelusan, keterbukaan, komunikasi dan kerjasama,” tegas Pompeo.

Ketika ini, Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa negara itu secara rasmi akan memulakan prosedur untuk menarik diri dari WHO dalam jangka masa satu tahun. 

Amerika Syarikat amat tidak berpuas hati dengan kegagalan WHO dalam memberi amaran awal mengenai kemaraan pandemik dan sikap berat sebelahnya kepada PKC.

Unsplash/Gambar Hiasan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sekali lagi mengkritik prestasi buruk WHO ketika menangani pandemik itu dalam satu sidang media pada hari Selasa, 14 Julai  dan menggelar WHO  sebagai ‘boneka’ Parti Komunis China.

Presiden Trump juga mengulangi kenyataannya bahawa Amerika Syarikat berpendapat bahawa Parti Komunis China bertindak ‘menyembunyikan’ wabak dan membiarkan virus itu terus tersebar ke seluruh dunia sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular