COLORADO – Wabak Bubonik yang pada awalnya dikesan berlaku di Mongolia, China kini telah merebak ke Colorado apabila kes pertamanya disahkan dijangkiti oleh seekor tupai di pekan Morrison.

Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Jabatan Kesihatan Awam Daerah Jefferson (JCPH) yang mengesahkan kes pertama jangkitan wabak berkenaan telah berlaku ke atas seekor tupai.

Gambar Hiasan/Unsplash

“Wabak Bubonik adalah penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria Yersinia pestis dan boleh menyerang manusia serta haiwan peliharaan sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil”.

Sebelum ini di Mongolia, dua adik-beradik dilaporkan positif wabak berkenaan setelah memakan daging marmot yang merupakan sejenis binatang seperti tupai yang tinggal di dalam lubang tanah.

Gambar Hiasan/Unsplash

Kejadian ini menyebabkan kerajaan Rusia melaksanakan pemantauan dan rondaan di kawasan sempadan wilayah Altai selain melarang rakyatnya untuk memburu marmot bagi mengelakkan kejadian jangkitan yang sangat berbahaya.

Virus Bubonik yang juga dikenali sebagai ‘Black Death’ ini boleh ditemui pada mamalia kecil dan kutu. Pada sekitar tahun 1300-an, virus Black Death ini telah mencatatkan kes kematian yang sangat tinggi dan membunuh hampir separuh daripada populasi penduduk di Eropah.

Facebook

Dianggarkan seramai 75 ke 200 juta kematian seluruh dunia dicatatkan pada waktu itu berpunca daripada Black Death.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 2,000 individu mendapat jangkitan ini setiap tahun terutamanya mereka yang tinggal di negara Madagascar, Peru dan Republik Demokratik Congo.

Virus Bubonik ini juga berkemungkinan besar boleh berkembang menjadi pandemik dan membunuh ramai manusia sekiranya bakteria berkenaan merebak ke bahagian paru-paru.

Sekiranya seseorang manusia dijangkiti wabak ini, simptom yang kelihatan adalah seperti demam panas, menggigil, sakit kepala dan mual. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular