Sashimi merupakan makanan istimewa Jepun – terdiri daripada isi ikan ataupun daging yang dihiris menjadi kepingan nipis lalu dicicah dengan kicap sebelum dimakan.

Persoalannya, selamatkah isi ikan dan daging mentah?

Baru-baru ini, terdapat satu kes di Jepun melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun yang mengalami sakit tekak selama beberapa hari selepas makan sashimi.

Foto hiasan/Pixabay

Hasil pemeriksaan doktor mendapati bahawa terdapat parasit sepanjang hampir 4 sentimeter di kerongkongnya, yang menjadi punca kepada sakit tekak.

Tambah pakar, parasit ini dipercayai masuk ke dalam mulut menerusi sashimi yang dimakannya sebelum itu!

Menurut American Journal of Tropical Medicine and Hygiene, wanita dari Tokyo itu berasa sakit pada bahagian kiri tekaknya selama lima hari berturut-turut selepas memakan sashimi. Dia kemudian ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Jurnal tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat lebih daripada 700 kes di Jepun, Pasifik Utara, Utara dan Selatan serta Belanda.

@MirrorWeirdNews/Twitter

Hasil pemeriksaan, doktor menemukan cacing gelang (roundworm) hidup sedang berada pada tonsil di bahagian kiri kerongkong wanita itu.

Cacing gelang ataupun Nematoda ini memiliki panjang 3.8 sentimeter dan 1 milimeter lebar. Pada ketika ia ditemukan, ia masih berada pada tahap keempat larva selain sudah mengupas kulit lutsinarnya.

Doktor difahamkan telah menggunakan penyepit besi untuk mengeluarkan parasit di dalam mulut wanita berkenaan. Semenjak dikeluarkan, kesakitan pada tekaknya mula beransur pulih.

Parasit ini lazimnya memasuki badan manusia setelah individu memakan larva tahap ketiga yang tersembunyi di sashimi.

Parasit ini berupaya mengakibatkan jangkitan pada tekak dan perut seseorang. Antara gejalanya termasuklah batuk.

Jangkitan parasit ini berbeza dengan jangkitan haiwan laut Gastric Nematode (Anisakis). Perbezaan pertama adalah parasit ini mempunyai saiz yang lebih besar dan bewarna lebih gelap.

Manakala gejala yang disebabkan oleh parasit ini  juga jauh lebih ringan, jika dibandingkan dengan Gastric Nematode.

Menurut jurnal itu, ekoran populariti sushi dan sashimi semakin meningkat pada masa kini, maka ia turut menyumbang kepada kenaikan kes ini di seluruh dunia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular