Tidak dapat dinafikan, untuk memastikan rumah sentiasa dalam keadaan yang kemas dan teratur adalah satu cabaran yang agak besar, terutamanya bagi rumah yang mempunyai anak kecil.

Bagaimanapun, konsep unik susunan barangan dalam rumah yang digunakan oleh Puan Siti Hafizah Yusop melalui laman Facebooknya, Susun Atur Sioca, ternyata telah terbukti berkesan memastikan keadaan rumah sentiasa kemas.

Susun Atur Sioca/Facebook

Susun Atur Sioca/Facebook

Tip utama yang dikongsikan oleh Puan Siti Hafizah adalah penggunaan konsep ‘one stop centre’. Melalui konsep ini, Puan Siti Hafizah telah mengkategorikan empat bilik di rumahnya kepada bilik utama, bilik anak-anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.

Berdasarkan contoh di rumahnya sendiri, Puan Siti Hafizah menekankan bahawa konsep ini dapat menumpukan satu perkara untuk satu bilik. 

Susun Atur Sioca/Facebook

Misalnya, bilik tidur hanya ada katil sahaja, tanpa apa-apa perabot lain. Semua baju-baju telah dikumpulkan di bilik baju. Hal ini turut sama diaplikasikan untuk bilik anak-anak.

Jika anak-anak mahu belajar, Puan Siti Hafizah sekeluarga akan berkumpul setempat dan membawa semua keperluan belajar. Setelah selesai, semua barangan yang digunakan akan diletakkan semula di tempat asalnya.

Bagi susunan di dalam bilik baju pula, Puan Siti Hafizah memaklumkan bahawa dia menggunakan konsep baju tergantung untuk menjimatkan masa daripada melipat pakaian yang banyak.

Konsep yang menjimatkan masa ini juga memudahkan lagi tugas semua isi rumah untuk sama-sama membantu menyimpan pakaian masing-masing. 

Susun Atur Sioca/Facebook

“Langkah ini semudah memasukkan baju di dalam mesin basuh, sidai menggunakan penyangkut baju, dan angkut penyangkut baju ke tempat masing-masing di dalam bilik baju. Selesai!” kongsi Puan Siti Hafizah.

Disamping itu, Puan Siti Hafizah juga berkongsi bahawa semua pakaian yang bersaiz kecil boleh disimpan di dalam kotak, dengan setiap kotak tidak dicampur-adukkan. Dalam kata lainnya, satu jenis pakaian, satu ‘rumah’.

Susun Atur Sioca/Facebook

Untuk bilik buku pula, Puan Siti Hafizah hanya menyediakan rak buku dan meja belajar sahaja di dalamnya. Dan sama seperti konsep di bilik baju, setiap jenis barangan perlu memiliki ‘rumahnya’ yang tersendiri bagi mengelakkan keadaan menjadi kucar-kacir selepas penggunaannya.

Susun Atur Sioca/Facebook

Susun Atur Sioca/Facebook

Susun Atur Sioca/Facebook

Bagi ruang dobi pula, Puan Siti Hafizah hanya mengehadkan barangan yang perlu sahaja seperti mesin basuh, ampaian, papan seterika dan sedikit ruang untuk barangan stor yang bersaiz besar.

Susun Atur Sioca/Facebook

Bagi ruangan lain di dalam rumah seperti ruang tamu dan dapur, Puan Siti Hafizah kekal mengamalkan konsep yang sama iaitu hanya menggunakan perabot yang asas dan yang perlu sahaja.

Di ruang dapur, semua barangan harian yang selalu digunakan akan disimpan dengan baik di dalam laci dan almari agar keadaan dapur kekal kemas.

Susun Atur Sioca/Facebook

Susun Atur Sioca/Facebook

Nampaknya, perkongsian daripada Puan Siti Hafizah ini memang benar-benar memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencuba memastikan rumah masing-masing berada dalam keadaan yang kemas. Apa lagi yang ditunggu? Jom cuba!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular