Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluar arahan larangan terhadap penggunaan sembilan produk kosmetik di mana dua daripadanya merupakan jenama yang terkenal di Malaysia.

Arahan ini dikeluarkan setelah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengesan kandungan racun berjadual di dalam kesemua produk ini.

Facebook

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sembilan produk berkenaan adalah seperti yang berikut:

  • Deeja Cosmetics Laika Cream – Merkuri
  • Deeja Cosmetics Zulai Cream – Hydroquinone
  • Deeja Cosmetics Yus Cream – Hydroquinone
  • Dnars Luvee Cream (Normal & Sensitif) – Hydroquinone
  • Dnars Gold Lifthing Serum (Night) – Merkuri
  • Sparkle Beauty Cream – Hydroquinone, Tretinoin & Betamethasone 17-Valerate
  • Sparkles Sun Day Cream – Merkuri
  • Qeziger Age-Locking Recharging Spot A.M Cream – Merkuri
  • MS Skinz Night Cream – Merkuri

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

“Kami menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan sembilan produk kosmetik ini. Notifikasi produk kosmetik ini sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalamnya sekali gus tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia”.

Jelas Hisham lagi, mana-mana produk yang mengandungi betamethasone 17-valerate, hydroquinone dan tretinoin perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan atas nasihat daripada profesional kesihatan bagi mengelakkan berlakunya kesan sampingan yang negatif dan memudaratkan.

Tambah beliau, kesan sampingan bagi hydroquinone boleh mengakibatkan kemerahan kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit, kulit menjadi hipersensitif, menghalang proses pigmentasi yang boleh merendahkan perlindungan kulit daripada sinaran UV serta meningkatkan risiko kanser kulit.

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

Selain itu, betamethasone valerate pula akan menyebabkan bahagian kulit wajah yang disapu dengan produk beracun menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, ditumbuhi jerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko serapan ke dalam sistem peredaran darah.

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

Seterusnya, tretinoin pula boleh menyebabkan kemerahan, ketidakselesaan, pedih, kulit menggelupas dan hipersensitif kepada sinaran cahaya matahari.

Akhir sekali, penggunaan merkuri berupaya meresap masuk ke dalam badan sekali gus mengakibatkan masalah kerosakan buah pinggang dan sistem saraf. Bukan sahaja itu, merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

Justeru, Hisham turut memberi amaran kepada semua penjual dan pengedar produk kosmetik ini untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk dalam kadar segera memandangkan kesemua produk berkenaan telah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya”.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Orang awam digalakkan untuk melakukan semakan notifikasi sesuatu produk kosmetik sebelum membeli dan menggunakannya. Untuk tujuan itu, sila layari laman web rasmi NPRA atau muat turun aplikasi ‘NPRA Product Status’.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular