Berikutan keputusan United Kingdom untuk melarang Huawei daripada meneruskan rangkaian 5G negara, Jerman kini mendapat tekanan lebih besar untuk mengkaji semula hubungannya dengan firma telekomunikasi dari China itu.

United Kingdom mengumumkan pada 14 Julai bahawa larangan dikenakan ke atas Huawei untuk memasukkan lebih jauh ke dalam infrastruktur telekomunikasi negara pada akhir tahun 2020, dan menetapkan tarikh akhir 2027 untuk mengeluarkan kit sedia ada dari rangkaian 5G negara itu.

Penarikan balik United Kingdom berlaku di tengah-tengah kebimbangan akan potensi pengintipan dan sabotaj dari gergasi telekomunikasi China tersebut yang mempunyai kaitan rapat dengan rejim Komunis China.

FRED DUFOUR/AFP via Getty Images

Keputusan United Kingdom menunjukkan kerjasama berterusan Jerman dengan Huawei mungkin tidak lagi dapat dipertahankan, kata Norbert Röttgen, wakil anggota berpengaruh Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar di Parlimen Jerman, Bundestag.

“Keputusan Britain menunjukkan bahawa keselamatan dan ekonomi tidak lagi dapat dipisahkan ketika ia menyentuh infrastruktur penting negara kita,” kata Röttgen kepada Frankfurter Allgemeine Zeitung.

Röttgen menyuarakan kebimbangan United Kingdom bahawa sekatan Amerika Syarikat terhadap Huawei akan merosakkan sistem keselamatan daripada peralatan yang dihasilkan firma dari China itu.

Sean Gallup via Getty Images

“Daripada menggunakan cip buatan Amerika Syarikat, Huawei kini harus menggunakan cip buatan dari China sendiri. Kerajaan persekutuan juga mesti menjawab persoalan bagaimana kita harus menghadapi situasi baru ini,” kata Röttgen yang telah lama berpendapat dan menentang kerjasama Jerman dengan Huawei. 

Britain bukan satu-satunya negara di Eropah yang menolak Huawei. Telecom Italia dari Itali juga mengecualikan firma itu dari tender peralatan 5G untuk rangkaian teras yang sedang disiapkannya untuk dibina di Itali dan Brazil, lapor agensi berita Reuters pada 10 Julai.

Berikutan keputusan United Kingdom untuk melarang Huawei yang merupakan pesaing utama Nokia dan Ericsson, kedua-dua firma dari Eropah itu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah bersedia memasuki untuk mengambil alih dan menggantikan peralatan Huawei dalam rangkaian telekomunikasi Britain.

“Satu perkembangan yang mendukung penyelesaian Eropah sedang meningkat, yang mana Jerman akhirnya terpaksa mengikuti dan bukannya mengambil jalan khas yang lain di Eropah,” desak Röttgen.

Alternative for Germany atau AfD, sebuah parti politik yang sangat konservatif dan memegang 89 dari 709 kerusi di Bundestag, juga meminta kerajaan pimpinan Angela Merkel untuk mengikuti jejak United Kingdom.

“Jerman dan Eropah mesti mengekalkan kedaulatan teknologi mereka dan tidak boleh bergantung kepada China, sebuah negara satu parti,” kata Joachim Paul, anggota lembaga eksekutif persekutuan AfD.

“AfD meminta kerajaan Jerman untuk secara sepenuhnya mengecualikan firma China dari mengembangkan rangkaian 5G kami dan bersesuaian dengan model yang telah ditunjukkan Britain iaitu menetapkan tarikh akhir bagi operator rangkaian itu untuk melucutkan sepenuhnya semua komponen Huawei dari rangkaian telekomunikasi Jerman,” saran Joachim Paul.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular