RUSIA – Seorang wanita dipercayai menemui ajal setelah tergelincir lalu terjatuh daripada cerunam berketinggian 164 kaki ketika sedang leka mengambil swafoto.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku di kawasan Bukit Oykha, berhampiran dengan perkampungan Kocergino yang terletak di wilayah Krasnoyarsk Krai, Barat Rusia.

Wanita tersebut, Eugenia yang berusia 34 tahun difahamkan dalam ekspedisi pendakian bersama dengan beberapa orang lagi rakannya.

Menurut salah seorang daripada mereka iaitu Vesti, menjelaskan bahawa Eugenia pada ketika itu berada di hadapan dan mendahului individu yang lain.

Akhbar tempatan juga ada melaporkan bahawa dua pendaki wanita berpecah daripada kumpulan dan berhenti seketika untuk mengambil beberapa foto.

Seorang di antaranya kekal mengambil foto daripada atas sahaja, sedangkan Eugenia pula menuruni bukit untuk mendapatkan foto yang lebih menggagumkan.

Laporan mendedahkan bahawa Eugenia melintasi kawasan lereng curam yang dipenuhi dengan batu untuk mendapatkan hasil foto yang lebih baik ketika kejadian itu berlaku.

Berdasarkan rakaman video, seorang wanita dilihat duduk di atas batu untuk menangkap foto, sementara mangsa berbaju merah kelihatan berada di kawasan yang lebih rendah.

ДЕЛА Красноярск/YouTube

Mangsa kemudian cuba untuk mendaki semula ke lokasi rakannya sebelum kelihatan berhenti dan terbaring di atas tanah.

Tidak berapa lama kemudian, wanita itu kelihatan menggelongsor ke bawah lalu terjatuh dan hilang daripada pandangan.

Pasukan penyelamat kemudian tiba di lokasi kejadian dan mengangkat mayat wanita tersebut daripada ketinggian 164 kaki. Kematiannya disahkan oleh pasukan paramedik.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular