Ketika kita sudah biasa melihat burung kakak tua bijak menyanyi dan menari sehingga berjaya menggeletek hati untuk ketawa berdekah atau tersenyum sehingga ke telinga, tidak sangka pula burung merpati juga mampu melakukan aksi seperti itu.

Walaupun burung merpati tidak pandai berkata-kata atau menyanyi seperti burung kakak tua, namun bakat burung merpati boleh mendengar rentak muzik dan spontan menari dengan baik amat mengejutkan.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Orang ramai berhenti sebentar dengan senyuman dan gelak ketawa apabila berasa begitu terhibur menonton aksi seekor burung merpati pandai menari yang berjaya mencuri perhatian ketika seorang penghibur jalanan sedang mengadakan persembahan busker.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Rakaman video berdurasi 48 saat itu menunjukkan seekor burung merpati bergerak ke arah seorang pemuda yang bermain busker di Melbourne ketika dia rancak mengalunkan lagu Robin Thicke yang popular, ‘Blurred Lines’ bersama petikan gitarnya.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Kelihatan dalam video, orang ramai mula berkerumun di hadapan persembahan busker itu dengan rasa geli hati melihat keletah lucu burung merpati menari yang terus mencuri tumpuan, di samping ramai yang mengangkat telefon pintar masing-masing untuk merakamkan saat berharga persembahan duo abang busker dan merpati ‘groovy’.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Merpati yang seekor ini nampaknya pandai memilih masa yang sempurna, tepat kena pada gayanya untuk membuat abang busker itu menjadi popular, dan dia dengan rendah diri hanya mahu tumpang popular sahaja.

Tonton video di bawah:

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular